“Kalau Salah Cakap, Satu Malaysia Kecam Abang!” Content Creator Berbangsa Cina ‘Reveal’ Produk Paling Susah Nak Review
Memiliki jumlah pengikut yang banyak di media sosial bukan lagi perkara yang sia-sia malah ia boleh bertukar menjadi kerjaya yang menguntungkan.
Content creator, influencer, reviewer, semuanya kerjaya yang terhasil daripada jumlah pengikut yang ramai di media sosial. Sekarang, ramai yang berlumba-lumba hasilkan kandungan menarik untuk tarik lebih ramai pengikut!
Baru-baru ini, seorang content creator berbangsa Cina di TikTok mengadu dia telah menerima barang paling susah untuk diulas (review) sepanjang berada dalam bidang ini.
@chihowe1 @mommyhanaofficial sesuai utk kanak2 & starter pack seperti abang 🥹 #fyp #tiktok #foryou ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
“Dalam banyak-banyak produk yang I pernah review, I rasa setakat ni produk ni yang paling susah nak review. Sebab aku takut nanti bila salah review ni orang cakap I mempersendakan agama Islam,” ujarnya.
Difahamkan, dia menerima beberapa produk Islamik daripada satu jenama ketika menghadiri satu acara dan diminta membuat ulasan produk tersebut.
“Ada akak ni cakap nak bagi I something, benda free takkan kita tak ambik kan. So abang pun ambik dan bila sampai rumah mesti abang nak buka gift tu.
“Dia suruh abang mengaji mat! My Islamic book, bahasa Malaysia dan Arab. Benda pun dah accept dah, review tetap kena buat kan. Tapi tu lah, kalau salah cakap satu Malaysia kecam abang mat,” luahnya dalam video itu.
Rata-rata warganet di ruangan komen terhibur dengan review yang dilakukan lelaki berbangsa Cina tersebut.
“Aku rasa review ni la paling patuh syariah kau buat,”
“Penat lah tengok, comel betul dia punya review!”
“Good job bro. Kau tau how to handle situation. Kau punya marketing boleh gi jauh,”
Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang tertarik dengan review yang dilakukan dan serta merta mahu membeli produk tersebut.
“Anak aku tengok video kau la bang, terus ajak aku cari buku ni. Merata mat aku cari buku ni,”
“Bang review kau jadi, anak aku nak beli ni,”