Kanak-Kanak Asal Malaysia Tapi Lebih Fasih Bertutur Bahasa Indonesia, Netizen Ngakak! – Manis Madu
Kanak-Kanak Asal Malaysia Tapi Lebih Fasih Bertutur Bahasa Indonesia, Netizen Ngakak!

Kanak-Kanak Asal Malaysia Tapi Lebih Fasih Bertutur Bahasa Indonesia, Netizen Ngakak!

Tular di laman TikTok baru-baru ini memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang petah bertutur dalam bahasa Indonesia.

 

Dalam video berkenaan, kanak-kanak itu dilihat begitu petah menceritakan tentang mainan-mainannya kepada wanita yang dipercayai saudaranya.

“Lihat ini, ada dinosaurus. Ada teddy bear juga,” tuturnya dengan bahasa Indonesia.

 

Di ruangan komen, warganet rata-rata bercerita berdepan situasi yang sama apabila anak buah atau adik-adik mereka juga boleh bertutur dalam bahasa Indonesia dengan lancar sekali.

 

“Hahahaha penat la adik. Adik aku ada jugak la cakap bahasa Indonesia. Nampak polis dia kata “ada polisi!”

 

“Aku ingat anak buah aku ja, ada geng rupanya.

 

POV: Nampak lipas.

Anak buah: Kecoak!!

Aku: Apa?

Anak buah: KECOAK!!”

 

“Weh! Adik aku pun samaaa! Dia tengok kereta dia cakap, “lihat, ada mobil,” 

 

Demikian komen-komen yang ditinggalkan netizen berkaitan adik mereka yang juga bertutur dalam bahasa Indonesia.

 

Terdapat juga komen netizen lain yang menganggap perkara ini berlaku kerana pengaruh yang kuat daripada saluran YouTube Indonesia.

 

“Pengaruh YouTube ni, hari tu saya dengan anak tengah berjalan lepas tu ada anjing. Dia boleh cakap, mama cepat kabur,” 

 

“Kak, serious sama macam anak buah saya. YouTube punya pasal terus hilang bahasa Melayu dia,”

 

Di YouTube kan memang banyak video-video dalam bahasa Indonesia. Kartun pun dalam bahasa seberang. Tak pelik kalau ramai kanak-kanak sekarang boleh fasih bertutur bahasa Indonesia!

Post a Comment