Kanak-Kanak Sindrom Down Berjaya Kutip RM80, 000 Hasil Karya Seni Luar Biasa – Manis Madu
Kanak-Kanak Down Syndrome Maryam Khairul Anuar Berjaya Kutip RM80, 000 Hasil Karya Seni Luar Biasa

Kanak-Kanak Sindrom Down Berjaya Kutip RM80, 000 Hasil Karya Seni Luar Biasa

Memiliki anak kelainan upaya bukan alasan untuk berkeluh kesah atau menganggap mereka sebagai beban. Sebaliknya anak-anak ini mempunyai bakat serta keistimewaan tersendiri jika dicungkil dan digilap sebaiknya.

 

Siapa sangka, seorang kanak-kanak Down Syndrome yang baru berusia sembilan tahun mampu melakukan perkara luar biasa dalam hidupnya untuk orang lain!

karya seni Maryam melalui Maryam Sa

Menurut The Star, Maryam Khairul Anuar, berjaya mengumpulkan dana kebajikan sebanyak RM80, 000 bagi membantu kanak-kanak pelarian yang memerlukan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

karya seni Maryam melalui Maryam Sa

Menariknya, jumlah itu berjaya diperoleh hasil jualan 95 keping karya seninya melalui Maryam Saves A Heart (MSAH) yang ditubuhkan ibu bapanya sejak tahun lalu.

 

Ibunya, Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir, 39, memberitahu semua sumbangan melalui MSAH itu disalurkan terus kepada Yayasan IJN.

 

Sharifah Sarah berkata, bakat melukis anaknya dikenalpasti sejak berusia enam tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by True Complexion (@truecomplexion)

Ketika melihat hasil lukisan anak kesayangannya, wanita itu memberitahu dia sedar bahawa Maryam mempunyai bakat besar dalam bidang seni lukis.

 

“Maryam memang suka melukis sampaikan dia pernah buat 30 lebih lukisan dan tiada ruang untuk menyimpannya. Saya dan suami mengambil keputusan untuk menjualnya untuk tujuan kebajikan,”

 

Maryam adalah bukti nyata bahawa sesiapa sahaja tanpa mengira kekurangan turut dapat melakukan kebaikan.

 

Hasil seni Maryam akan dikongsi menerusi Facebook dan Instagram dan setiap karya dijual pada harga di antara RM100 dan RM5, 000 yang mana buat masa ini 20 peratus daripada hasil jualan disimpan untuk kegunaan masa depan Maryam.

 

Bakat serta kemahirannya itu turut diasah oleh guru seninya, Nik Nur Izzati Yazid, 31, sejak tiga tahun lalu.

Maryam Khairul Anuar dan guru seni

Lukisan hasil sentuhan Maryam menampilkan pelbagai aspek alam seperti langit, pelangi, lautan, bunga dan pepohon. Ia juga memberinya ketenangan dan bentuk komunikasi yang hebat.

Sumber Gambar: Maryam Saves a Heart

Post a Comment