‘Kanser Dah Merebak’ Kini Kanser Elyana Dah Hampiri Tahap Lima
Maduners tahu tak tentang penyanyi dan pelakon popular bernama Elyana dah 10 tahun menghidap kanser limfoma? Sebelum ini Elyana telah membuat pendedahan tentang penyakitnya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
Terkini, Elyana memaklumkan kanser yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu sudah hampir memasuki tahap lima.
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33, berkata, kanser itu turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
“Semasa saya dimasukkan ke hospital pada bulan lalu, doktor memaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan. Ia merupakan satu berita gembira buat saya.
“Namun begitu, doktor mendapati kanser itu telah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal paha,” katanya lagi.
Jelas Elyana, doktor mahu supaya rawatan kemoterapi dilakukan secepat mungkin, namun prosedur tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
“Saya hilang selera makan sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan badan lemah dan kurus. Kini berat saya hanya 40 kilogram.
“Berilah waktu untuk saya kuat dahulu, Insya-Allah kalau diberi kesempatan saya akan melakukan kemoterapi secepat mungkin,” katanya yang kali terakhir melakukan rawatan itu pada 2016.
Elyana berkata, dia kini berusaha kuatkan semangat untuk lebih sihat dan berfikiran positif setiap hari.
Elyana memang seorang yang kuat semangat. Walaupun dalam keadaan begitu, Elyana tak pernah putus asa dan sentiasa berfikiran positif. Semangat ini yang kita mahukan! Madu doakan semoga Elyana cepat sembuh!
~Stay Safe Maduners~
Sumber Featured Image: www.kosmo.com.my