Budak 3 Tahun Didera Sehingga Maut, Bapa Tiri Dipercayai Terajang Perut Hingga Organ Pecah. Kejam! – Manis Madu
Budak 3 Tahun Di Dera Sehingga Maut

Budak 3 Tahun Didera Sehingga Maut, Bapa Tiri Dipercayai Terajang Perut Hingga Organ Pecah. Kejam!

Menurut laporan daripada The Sun, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun telah meninggal dunia selepas organ dalaman pecah didakwa dipukul oleh bapa tirinya.

 

Kata mahkamah, organ dalaman kanak-kanak itu pecah dan maut akibat pendarahan dalaman selepas dipukul dengan kejam oleh ayah tirinya yang berusia 34 tahun.

 

Pihak polis menemui jasad kanak-kanak tersebut dalam keadaan terbaring kaku di tempat tidur dengan perutnya yang membengkak teruk sambil tangannya berada dalam keadaan mengenggam pada mata. Mesti tengah tahan sakit yang teramat! Kesiannya!

The poor toddler was found with his fists raised to his eyes

Sumber Gambar: www.thesun.co.uk

Hasil bedah siasat menunjukkan kanak-kanak itu mati kesakitan secara perlahan selepas usus kecilnya terkoyak dalam perutnya kerana dipukul dengan ganas. Kejam!

 

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di Presnovka, Rusia, pada Julai tahun ini.

The family live in the village of Presnovka

Sumber Gambar: www.thesun.co.uk

Ibu mangsa yang berusia 23 tahun dikatakan tidak memeriksa keadaan mangsa selama lapan jam setelah kejadian tersebut berlaku.

 

Om1 melaporkan, walaupun dia telah menemui jasad anaknya yang sudah tidak bernyawa namun dia tidak segera menghubungi petugas perubatan sebaliknya dia mencuci dan menukar pakaiannya dengan pakaian yang bersih terlebih dahulu serta membersihkan pangsapurinya dan kemudian barulah menghubungi ambulans.

 

Ibu kanak-kanak tersebut didakwa cuba melindungi suspek pada mulanya, dengan mengatakan anaknya terjatuh daripada buaian. Namun dia kemudiannya menukar kenyataan kerana terdapat bukti kukuh tentang kejadian tersebut.

 

Jawatankuasa Omsk menyatakan pada malam 28 Julai, “Ibu bapa budak tersebut telah minum minuman keras dengan rakan-rakan mereka.”

 

“Ayah tirinya telah menendang mangsa kerana mangsa menangis.”

 

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalamannya dan meninggal dunia.”

 

Seorang saksi wanita berkata: “Perut budak itu kembung. Matanya terbuka lebar dan tangannya berada dalam keadaan mengenggam. Dia mati kerana kecederaan yang menyakitkan.”

Flowers and tributes on the boy's gravesite

Sumber Gambar: www.thesun.co.uk

“Ibu kanak-kanak itu, yang tahu tentang penderitaan yang dialami oleh anaknya tidak menghubungi perkhidmatan kecemasan dan tidak berusaha menolongnya.”

 

Hmm, cerita-cerita macam ni paling tak suka dengar! Macam mana manusia yang memperlakukan kanak-kanak sedemikian rupa? Tak ada hati perut ke?

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment