Kapten Rohana Jupri, Wanita Pertama Dalam Sejarah Naik Pangkat Sebagai Laksamana Pertama
Kapten Rohana Jupri, pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita yang pertama didalam sejarah dinaikan pangkat sebagai Laksamana Pertama.
View this post on Instagram
Selain Rohana, 57, tiga lagi pegawai kanan turut dinaikkan pangkat dalam Majlis kenaikan pangkat tersebut yang berlangsung di KD Sri Gombak Jalan Padang Tembak dan disempurnakan oleh Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.
“Sepanjang penubuhan TLDM sejak 86 tahun lalu, tidak ada seorang wanita pun pernah dinaikkan ke pangkat berkenaan dan ini adalah satu pencapaian buat beliau”.
“Rohana memegang jawatan Pengarah Kanan Materiel di markas TLDM dan juga Asisten Ketua Staf (AKS) J4 (Logistik) di Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) secara tidak langsung meletakkan dirinya berdiri sama tinggi bersama barisan tertinggi kumpulan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) yang sebelum ini dipelopori lelaki,” jelasnya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TLDM itu.
Rohana yang berasal dari Tanjong Karang, Selangor merupakan ibu kepada empat orang anak ini memulakan kariernya bersama TLDM pada 20 Disember 1984 dan ditauliah sebagai Leftenan Muda TLDM Cawangan Bekalan dan Urusetia pada 6 Disember 1986.
Beliau mula menjawat jawatan sebagai Pegawai Kawalan Rumah Stor di Depot Besar Bekalan TLDM pada tahun 1988 yang kemudiannya sebagai seorang pegawai berkepakaran Bekalan dan Urusetia.
Selain jawatan di atas, Rohana juga pernah diberi kepercayaan menjawat beberapa jawatan penting antaranya Pegawai Memerintah KD Sultan Abdul Aziz Shah; Pegawai Staf 1 Hal Ehwal Wanita Angkatan Tentera Malaysia dan Pegawai Memerintah Depot Bantuan Barat.
Untuk pengetahuan Maduners lagi, dalam melaksanakan Op Benteng dengan lebih efisien, Rohana turut bertanggungjawab terhadap keperluan perolehan aset-aset penting dalam Op tersebut.
Selesai majlis kenaikan pangkat tersebut, Rohana meluahkan bahawa ini adalah pengiktirafan terbesar buat dirinya selama beliau berkhidmat bersama TLDM.
“Saya harap ada ramai lagi calon wanita dapat ikut jejak langkah saya. Ruang sememangya tersedia buat wanita dalam TLDM ini untuk berkembang,” katanya.
Antara pegawai kanan lain dinaikkan pangkat Laksamana Muda yang memegang jawatan AKS Materiel ialah Laksamana Pertama Datuk Affenddy Suhaimi.
Turut hadir pada majlis pemakaian pangkat berkenaan ialah Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob.
View this post on Instagram