Kemalangan Maut, Wanita Kepada Tiga Anak, Dikomakan Hingga Keadaan Stabil Sebelum Dibedah – Manis Madu
Kemalangan Maut

Kemalangan Maut, Wanita Kepada Tiga Anak, Dikomakan Hingga Keadaan Stabil Sebelum Dibedah

Keadaan mangsa kemalangan maut di Kilometer 272.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, iaitu wanita yang kehilangan tiga orang anak lelakinya terpaksa dikomakan bagi menunggu keadaan kesihatannya stabil sepenuhnya serta bagi membolehkan pembedahan dilakukan.

Kecederaan dalaman yang dialami Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, termasuk pendarahan di bahagian hati membuatkan beliau kini perlu bergantung kepada bantuan alat pernafasan, jelas Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah.

 

Kecederaan dalaman termasuk pendarahan di bahagian hati Nur Aimi Nordin Abdullah, 27, membuatkan beliau perlu bergantung kepada alat bantuan penafasan.

 

Lebih teruk lagi, kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuk Nur Aimi Nadiah patah.

 

“Mangsa masih tidak sedarkan diri dan keadaannya kini dipantau rapi oleh pasukan perubatan. Pembedahan ke atas Nur Aimi Nadiah hanya akan dilakukan selepas keadaannya dipastikan benar-benar stabil.

 

“Buat masa sekarang mangsa ‘ditidurkan’ sementara menunggu keadaannya stabil sepenuhnya sebelum pembedahan dapat dijalankan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

 

Media tempatan melaporkan, semalam, keadaan Nur Aimi Nadiah stabil dan telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hopital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh.

 

Selain Nur Aimi Nadiah yang cedera parah, dia juga kehilangan tiga anak lelakinya, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy 1, yang maut di tempat kejadian.

 

Kenderaan Perodua Axia yang dinaiki mereka itu terbabas sebelum melanggar belakang treler di laluan kecemasan.

Post a Comment