Katy Perry Takut Makanan Pedas Tapi Lain Jadinya Lepas Cuba Rendang Itik Dengan Pulut Kuning – Manis Madu
Featured Image 1221

Katy Perry Takut Makanan Pedas Tapi Lain Jadinya Lepas Cuba Rendang Itik Dengan Pulut Kuning

Sebut sahaja tentang makanan tradisional, antara makanan yang sinonim dengan identiti rakyat Malaysia atau masyarakat Melayu pastinya rending. Nak pula ketika raya, memang antara juadah wajib!

 

Tidak kira jenisnya baik rendang daging, ayam, itik atau sebagainya, makanan ini pasti menyelerakan jika dijamu dengan ketupat, lemang, atau pulut kuning.

 

Baru-baru ini, Saluran Lifetime telah mengeluarkan episod khas (EP24) MasterChef Australia S12 yang telah menampilkan penyanyi antarabangsa, Katy Perry sebagai juri khas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KATY PERRY (@katyperry)

Tema yang diguna bagi episod khas tersebut pula ialah Hot ‘N’ Cold yang diambil bersempena tajuk single penyanyi itu sendiri.

 

Menariknya, sempena tema tersebut, seorang pesertanya, Poh Ling Yeow, telah menyediakan hidangan menu rendang kepada barisan juri termasuk Katy Perry.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Poh Ling Yeow (@pohlingyeow)

Poh yang merupakan chef di Australia difahamkan lahir di Malaysia sebelum berpindah ke sana bersama keluarganya sewaktu berumur 9 tahun.

 

Berbekalkan pengalaman dan latar belakangnya membesar dengan makanan Malaysia, Poh kemudian menggabungkan elemen tradisional Malaysia dengan teknik moden yang digambarkannya sebagai “Malaysian flavors using very traditional elements in a modern way” dalam menghasilkan rendang itik dan pulut kuning.

Ia dapat dilihat pada hasilnya dimana dia membalut rendang itik tersebut bersama pulut kuning dan juga roti jala pandan.

 

Makanan ‘pedas’ tersebut kemudian disajikan dengan timun manis dan cili jeruk bagi mencipta kelainan. 

 

Katy Perry yang melihat dekorasi makanan tersebut kemudian berkata makanan tersebut mengingatkannya pada Burrito, makanan tradisional Mexico.

 

Mengakui agak gementar kerana dia secara peribadiya tidak menyukai makanan berasaskan itik, Katy yang memberikan reaksi pelik pada suapan pertama bagaimanapun mengejutkan orang ramai apabila dilihat seakan tidak dapat berhenti menikmati kesedapan rendang tersebut.

 

Malah juri lain turut menyifatkan kombinasi makanan yang dihasilkan Poh adalah menakjubkan dan cukup dari semua elemen untuk cabarang minggu itu.

 

Lebih menghiburkan orang ramai apabila Katy dilihat menghalang Poh dari mengambil baki makanan tersebut kerana dia menggemarinya dan mahu menghabiskan kesemua makanan tersebut.

 

“Dont touch it, back away” kata Katy dengan nada gurauan kepada Poh.

Post a Comment