“Kaya Zat Besi” Pelanggan Jumpa Ubat Stapler Dalam Makanan, Mungkin Peniaga Tak Perasan – Manis Madu
Pelanggan Jumpa Ubat Stapler Dalam Makanan

“Kaya Zat Besi” Pelanggan Jumpa Ubat Stapler Dalam Makanan, Mungkin Peniaga Tak Perasan

Menjumpai ‘benda pelik-pelik’ ketika sedang menikmati makanan atau minuman boleh dikatakan mimpi ngeri buat semua orang. Bayangkan, tengah sedap menikmati makanan atau minuman, tiba-tiba terjumpa binatang atau bendasing yang bukan sahaja mematikan selera malah ada yang boleh mengancam nyawa!

 

Baru-baru ini, seorang pelanggan berdepan detik yang tidak akan dilupakannya apabila menemui ubat stapler atau dawai kokot dalam makanan yang dibelinya dari sebuah kedai.

Dawai kokot yang ditemuinya bukan hanya satu cebisan kecil tetapi bersaiz besar di tengah makan tersebut. Terkejut mak!

 

Dalam video yang dimuat naik akaun Harian Kopas di Instagram itu, pelanggan berkenaan difahamkan baru pulang ke rumah setelah membeli sejenis makanan tradisional Indonesia iaitu lemper.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mengulas Hingga Tuntas (@hariankopas)

Ketika menggigit makanan itu, dia merasakan objek pelik pada isi lemper berkenaan yang kebiasaannya diisi daging lembu atau ayam. Namun, betapa terkejutnya pelanggan itu apabila menemui dawai kokot sebesar itu dalam lempernya!

 

Meskipun begitu, dia masih bersangka baik dengan beranggapan mungkin peniaga berkenaan tidak perasan ketika membalut makanan itu.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mempunyai anggapan yang sama dengan pelanggan tadi yang mungkin si peniaga tidak perasan objek berkenaan dibalut sekali bersama makanan itu.

 

Namun tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan jika perkara ini terjadi kepada diri mereka.

 

“Kalau jadi dekat saya, saya akan beritahu kepada penjual. Boleh meninggal dunia kalau orang makan lemper ni,”

 

“Ngerinya kalau tertelan!”

 

“Ya Allah, seramnya. Kalau tertelan, mau meninggal dibuatnya,”

stapler dalam makanan

Tak boleh terbayang kalau kita yang tertelan dawai kokot sebesar itu. Ngeri!

Post a Comment