Penulis Termuda Dunia! Kanak-Kanak Dari Arab Saudi Sudah Terbitkan 3 Buah Buku – Manis Madu
Kanak-Kanak Dari Arab Saudi Sudah Terbitkan 3 Buah Buku

Penulis Termuda Dunia! Kanak-Kanak Dari Arab Saudi Sudah Terbitkan 3 Buah Buku

Guinness World Records baru-baru ini memberi pengiktirafan kepada seorang kanak-kanak dari Arab Saudi yang berusia 12 tahun apabila beliau disahkan sebagai penulis termuda di dunia!

 

Menurut laporan United Press International, kanak-kanak yang dikenali sebagai Ritaj Hussain Alhazmi yang menerbitkan siri buku (wanita) telah berusia 13 tahun namun, ketika mengesahkan pengiktirafan itu beliau berusia 12 tahun 295 hari.

Ritai Hussain Alhazmi-penulis termuda di dunia

Sumber Gambar: UPI

Treasure of the Lost Sea merupakan novel pertama terbitan Ritaj pada tahun 2019 manakala Portal of the Hidden World pula adalah sekuel yang turut diterbitkan pada tahun sama.

 

Buku ketiga dalam siri itu, Beyond the Future World diterbitkan pada 2020 dan buku keempat, The Passage to the Unknown pula sedang dihasilkan.

 

Menurut Ritaj, novel-novel yang ditulis semuanya dalam bahasa Inggeris dan menjelaskan sudah mula menulis cerpen sejak masih kecil.

Portal of the Hidden World & Treasure of the Lost Sea

Sumber Gambar: Guinness World Records

“Saya mula menulis sejak berusia enam tahun ketika ditemani keluarga untuk belajar di luar negara,” katanya.

 

Penulis muda itu berkata, dia berhasrat untuk menghasilkan segmen khusus kepada pembaca golongan muda menerusi penulisan tersebut.

 

“Saya menulis untuk komuniti kanak-kanak dalam lingkungan saya. Saya menyedari tidak banyak novel dihasilkan untuk kumpulan umur ini, jadi saya memutuskan untuk menerbitkan beberapa buah buku saya sendiri,” katanya.

Post a Comment