Kebenaran Sebenar myVeganuari & Pengalaman Madu Sertai myVeganuari! – Manis Madu
Pengalaman Madu Sertai Sertai myVeganuari

Kebenaran Sebenar myVeganuari & Pengalaman Madu Sertai myVeganuari!

Bila kita dengar mengenai Vegan terus dalam kepala akan terfikir mengenai penderaan dan kekejaman terhadap haiwan, BERHENTI! Memang betul itu salah satu perkara atau aspek mengenai vegan tetapi kalau nak tahu banyak lagi aspek lain yang positif mengenai Vegan yang Maduners kena tahu!

Terlalu ramai yang mempunyai anggapan tentang Vegan yang kadang-kadang tiada kesahihan langsung! Sebab itu Madu nak kongsi dengan korang aspek positif mengenai Vegan dan myVeganuari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by myVeganuari (@myveganuari)

Secara jujurnya, acara  myVeganuari dah bermula sejak awal bulan Januari lagi, jangan marah Madu berkongsi benda ini terlalu lambat pada minggu ketiga bulan Januari kerana Madu nak kongsi pengalaman sendiri sertai acara ini!

 

myVeganuari merupakan satu gerakan mempromosikan gaya hidup dengan mengambil pemakanan hanya berasaskan tumbuh-tumbuhan! Kejap, jangan terkejut sangat sebab perkara ini banyak manfaat cuma tak ramai yang tahu!

 

Macam Madu cakap acara ini dah bermula sejak awal Januari dan berlansung sepanjang Januari jadi sempat lagi Maduners nak sertai acara ini dan amalkan gaya hidup lebih sihat, lebih hijau! Madu bukan sertai acara ini saja, siap temubual dua individu yang terlibat rapat dengan acara ini iaitu Sukhi Wei, pengasas kepada myVeganuari dan Chef Dave yang juga merupakan pengasas Plant Based Health Alliance!

Madu bertanya mengenai myVeganuari dan serba sedikit soalan panas prejudis dan stereotaip mengenai individu Vegan!

1. Chef Dave, boleh tak berkongsi sedikit mengenai myveganuari?

myVeganuari adalah satu gerakan untuk memperkenalkan gaya hidup pemakanan berasaskan hanya tumbuh-tumbuhan dan gerakan ini sudah wujud beberapa tahun. Di Malaysia sangat kurang pendedahan tentang veganuari, jadi daripada menjadi terlalu ekstrim, kami ingin mengajak orang ramai secara perlahan untuk sertai gerakan ini.

2. Adakah sebab tertentu gerakan ini dilakukan pada bulan Januari?

Tiada sebab atau faktor yang spesifik, tapi pada pendapat saya disebabkan Januari adalah pada awal tahun, mungkin perkara ini boleh galakkan ‘New Year Resolution’. Tambahan, bunyi myVeganuari kedengaran sedap disebut, jadi satu mata tambahan di situ.

3. Di Malaysia, masih ramai yang keliru mengenai Vegan, Vegetarian dan Plant Based, mungkin Chef Dave boleh terangkan serba sedikit perbezaan di antara tiga kategori ini.

Secara mudahnya, vegetarian adalah diet yang berdasarkan beberapa sebab antaranya kesihatan, kepercayaan agama dan juga kesedaran terhadap alam sekitar. Vegetarian masih menggunakan produk haiwan.

 

Vegan pula tidak mengambil sebarang produk yang mempunyai bahan daripada haiwan termasuklah telur, susu, madu yang mana produk ini mungkin bukan haiwan tetapi datang daripada haiwan. Vegan juga tidak menggunakan produk yang diperbuat daripada kulit haiwan atau sebarang produk yang mengespkloitasi haiwan.

 

Vegan yang di tahap yang lebih komited tidak langsung berkunjung ke zoo, tidak menggunakan produk yang melakukan ujian terhadap haiwan. Boleh dikatakan Vegan adalah individu yang cuba sebaik yang mereka boleh untuk mengelak daripada eksploitasi haiwan, bukan hanya dari segi diet mereka sahaja.

 

Sekurang-kurangnya dengan menjaga pemakanan sebagai Vegan,kita membawa perubahan untuk menghentikan kekejaman haiwan dan alam sekitar.

 

Plant-based hampir sama dengan vegan dari segi pemakanan tetapi sedikit berbeza kerana mungkin masih menggunakan barangan diperbuat daripada kulit haiwan seperti kasut dan beg tangan. Plant based diet boleh dikatakan merangkumi semua kategori lain termasuklah vegan dan vegetarian yang elak produk tenusu dalam sebahagian makanan mereka, bahkan termasuk juga flexitarian yang mengamalkan diet plant based 3 kali seminggu.

 

Plant based diet boleh dilihat sebagai satu permulaan bagi gaya hidup yang lebih sihat, mesra alam sekitar dan gaya hidup yang lebih baik.

4. Sukhi, memandangkan kebanyakan makanan di Malaysia adalah berasaskan daging, adakah myVeganuari boleh mengubah budaya ini?

Ini boleh dikatakan sebagai sasaran atau pencapaian yang ingin dicapai untuk jangka masa panjang bagi mengubah budaya makanan berasaskan haiwan. Sudah pasti, untuk mengubah pendirian atau cara berfikir sudah tentu mengambil masa yang lama, tetapi myVeganuari ini satu permulaan sebab itu saya nak menampakkan perkara ini mudah dan menyeronokkan untuk orang ramai dan perkara ini perlahan-lahan mengubah budaya tersebut, bahkan mungkin peniaga-peniaga di luar sana akan nampak perkara ini sebagai peluang perniagaan untuk menarik lebih ramai pelanggan jika mempunyai lebih banyak pilihan hidangan plant-based

5. Wujud individu yang mengatakan gaya hidup Vegan merupakan gaya hidup yang mahal.

Sukhi: Perkara ini bergantung kepada apa yang anda makan, kalau anda masak sendiri di rumah, beli sayur tempatan sudah tentu akan menjimatkan kos makanan anda tetapi kalau pilih untuk makan di restoran ‘mewah’  Vegan sudah tentu kos akan menjadi mahal sebab mereka menggunakan produk yang berkualiti tinggi bagi menjamin kepuasan pelanggan Vegan di luar sana.

 

Kalau nak tahu pilihan restoran Vegan yang memang sedap dan berbaloi, Maduners boleh check restoran partner yang terlibat dengan #myVeganuari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by myVeganuari (@myveganuari)

6. Kenapa orang ramai perlu tahu dan sedar tentang kewujudan myVeganuari?

Chef Dave: Pertama sekali, sebagai rakyat Malaysia kita perlu peka terhadap alam sekitar kita dan dari segi kesihatan, Malaysia di antara negara yang teruk dalam kalangan negara lain di Asia Tenggara, salah satu negara yang paling tidak sihat dari segi kesihatan diri. Jadi, mengamalkan pemakanan “plant based” diet sedikit sebanyak akan membantu alam sekitar, diri sendiri dan juga haiwan. Juga, bila bersama-sama menyertai myVeganuari anda akan rasa lebih semangat kekitaan.

 

Haaa! Macam mana? Mesti korang terkejut lepas dengar mengenai vegan dan myveganuari, semoga info yang Madu kongsi akan bantu korang sedar betapa pentingnya untuk hentikan kekejaman terhadap haiwan dan alam sekitar, dengan bantu paling mudah korang boleh buat bermula dengan menjaga pemakanan korang dengan mengamalkan diet vegan!

Madu sendiri dah sertai cabaran myVeganuari ini dah secara jujurkan, tak susah langsung tapi Madu hanya bermula dengan langkah kecil seperti 3 hari seminggu dengan diet “plant based” tapi itu masih satu bermula yang baik! Tahun depan nak cuba untuk satu bulan Januari terus!

 

Untuk mereka yang dah sertai myveganuari pada bulan Januari 2021, Madu ucapkan tahniah dan bravo! Yang tak sempat jangan risau, tanda siap-siap kalendar korang untuk sertai myveganuari 2022!

Post a Comment