Kecewa Lif & Escalator Rosak, Balasan Rapid KL Buat Ramai Bengang! – Manis Madu
Kecewa Lif & Escalator Rosak, Balasan Rapid KL Buat Ramai Bengang!

Kecewa Lif & Escalator Rosak, Balasan Rapid KL Buat Ramai Bengang!

Fasiliti kegunaan awam sepatutnya perlu selalu diselenggara dan jika terdapat kerosakan, sudah menjadi tanggungjawab pihak berwajib untuk membaikinya dengan kadar segera.

 

Baru-baru ini, tular di laman Twitter seorang pengguna memuat naik ciapan yang berkongsi gambar seorang individu kurang upaya (OKU) yang terpaksa menggunakan tangga dengan topang di kedua-dua tangan.

Menurut ciapan itu, pengguna berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila lif dan escalator di tempat pengangkutan awam itu sering rosak dan tidak mesra pengguna OKU.

 

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku di LRT Stesen Ampang Park yang mana isu lif dan escalator rosak bukan satu perkara baharu meskipun sudah banyak aduan dilaporkan.

 

“Escalator & lif Ampang Park rosak sejak tahun lepas. Kesian abang OKU ni kena panjat tangga,” tulis pengguna itu sambil menyebut Rapid KL dalam ciapannya.

 

Susulan itu, pihak Rapid KL telah menjawab ciapan berkenaan tetapi jawapan balas itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

 

“Hai, lift di stesen Ampang Park masih lagi di dalam penyelenggaraan. Pelanggan boleh minta bantuan staff di kaunter. Staff boleh bantu,” tulis Rapid KL.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan jawapan yang diberi dan menganggap kenyataan itu tidak profesional.

 

“Staff angkat gendong sampai atas atau macam mana? Kenapa perkhidmatan tak mesra golongan oku & warga emas? Kurang yakin la part staff nak bantu, kat kaunter pun tak mesra. It’s time to upgrade,” komen seorang netizen

 

“Bukan 6 bulan, dah bertahun lift ko tu dalam penyelenggaraan! alasan lah!” tulis seorang pengguna Twitter lain.

 

Kemudahan awam tak sepatutnya dibiar rosak begitu. Bukan sahaja golongan kurang upaya atau warga emas yang terjejas, individu biasa juga terkena tempias jika perkara ini dibiarkan.

Post a Comment