Kecoh Pasal Cirit Birit, Wanita Ini Kongsi Sejarah Pil Chi Kit Teck Aun – Manis Madu
Kecoh Pasal Cirit Birit, Wanita Ini Kongsi Sejarah Pil Chi Kit Teck Aun

Kecoh Pasal Cirit Birit, Wanita Ini Kongsi Sejarah Pil Chi Kit Teck Aun

Menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia jika mengalami cirit-birit, ubat yang paling sinonim akan digunakan adalah ubat pil Chi Kit Teck Aun! Setuju tak?

Pil Chi Kit Teck Aun 01

Ingat lagi tak kecil-kecil dulu kalau sakit perut, mak-mak kita akan suruh makan pil ini.

 

Selain keberkesanannya, harga yang murah dan mudah didapati juga menyebabkan ia digunakan sejak dahulu lagi. Tapi Maduners tahu tak asal usul pil Chi Kit Teck Aun?

 

Haa, dalam kekecohan isu cirit-birit yang tiba-tiba tular baru-baru ini, terdapat satu perkongsian tentang sejarah ubat โ€˜legendโ€™ ini di laman Twitter.

Menurutnya, pil Chi Kit Teck Aun ini dicipta oleh Boon Ng Tong yang tiba di Bukit Mertajam dari Canton, China yang bekerja sebagai buruh di pelabuhan Pulau Pinang sekitar tahun 1920-an.

Pil Chi Kit Teck Aun 02

Beliau mendapati pekerja-pekerja di situ sering mengalami masalah cirit-birit kerana masalah sanitasi yang teruk.

 

Dengan resipi turun temurun dari China, beliau menjual ubat ini kepada rakan-rakan yang mengalami masalah cirit-birit ini. Lama kelamaan Boon membuat jenama ubatnya iaitu Chi Kit Teck Aun pada tahun 1936.

 

Maduners boleh baca lebih lanjut dalam thread yang dikongsikan ini ya!

 

Apa yang mengagumkan, pil ini rupanya telah bertahan selama hampir 100 tahun dan masih kekal relevan hingga kini. Wow!

Sumber: ErenaTakeuchi

Post a Comment