Gadis Tanggung Malu Gara-Gara Lupa Tutup Mic Ketika Online Class – Manis Madu
Gadis Tanggung Malu Gara-Gara Lupa Tutup Mic Ketika Online Class

Gadis Tanggung Malu Gara-Gara Lupa Tutup Mic Ketika Online Class

Sejak pandemik Covid-19, platform atas talian adalah pilihan terbaik buat sebahagian besar sektor di Malaysia termasuk sektor pendidikan. 

 

Sedar atau tidak, sebenarnya sudah hampir dua tahun Malaysia melazimi kelas atas talian baik di peringkat sekolah atau di Institut Pengajian Tinggi (IPT). 

 

Maka, sejak ia dikuatkuasa, pelbagai kerenah lucu atau perkara tidak terduga ketika kelas atas talian itu berlaku.

 

Antaranya menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @putrianisanisya yang tular di serata media sosial ketika dia menjalani kelas online.

@putrianisanisyaPlease make sure to mute or off the camera 😢 ill never forget this #fyp♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

Apa yang terjadi ialah suara gadis tersebut memarahi adiknya kedengaran kerana tanpa sedar dia terlupa untuk menutup mic ketika kelas sedang berlangsung!

 

Bukan hanya pensyarah yang sedang mengajar terkejut malah rakan-rakan yang turut berada dalam sesi itu juga sama-sama tersentak mendengar laungan ‘diamlah!” yang begitu kuat.

 

Selepas beberapa saat barulah dia menyedari yang dia sudah terlupa menutup mic semasa memarahi adiknya lalu segera memohon maaf.

 

Hal berkenaan membuatkan ramai terhibur dan turut merasai malu yang teramat apabila melihat reaksi pensyarah dan rakan-rakannya. Fuh, nasib baik lecturer sporting!

Post a Comment