“Kegilaan Apakah Ini MEF?” Netizen Bidas Kenyataan Wajar Potong Gaji Jika Bekerja Dari Rumah – Manis Madu
“Kegilaan Apakah Ini MEF_” Netizen Bidas Kenyataan Wajar Potong Gaji Jika Bekerja Dari Rumah

“Kegilaan Apakah Ini MEF?” Netizen Bidas Kenyataan Wajar Potong Gaji Jika Bekerja Dari Rumah

Satu kenyataan dikeluarkan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berhubung pekerja yang memilih bekerja dari rumah (BDR) wajar diberikan gaji lebih kecil termasuk memotong elaun perjalanan.

 

Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan, mendakwa ada pekerja yang bersetuju dengan langkah berkenaan susulan bekerja dari rumah sudah menjimatkan kos pergi dan balik dari tempat kerja.

 

Namun, perkara ini mendapat maklum balas kurang baik daripada warganet.

 

Seorang pemuda bertindak memuat naik tangkap layar mengenai perkara itu lalu diciap menerusi akaun Twitter nya.

“Kegilaan apakah ini dari MEF. Negara lain semua dah berevolusi jadikan WFH (atau hibrid) sebagai pilihan. That’s the future. 

 

Dan bukankah WFH jimatkan duit majikan dalam long term – kurang ruang pejabat untuk di sewa? Bab potong gaji cepat. Bab naikkan gaji seribu satu alasan,” luahnya dalam ciapan itu.

 

Meninjau ke ruanngan komen, rata-rata netizen turut menyokong apa yang diluahkan lelaki tersebut.

 

“WFH boleh kurangkan kesesakan jalan. WFH boleh kurangkan pelepasan karbon. WFH boleh jimat masa yang hangus atas jalan. Boleh ganti dengan bersenam, atau rehat secukupnya.

 

Majikan perlu sediakan KPI dan sistem yang sesuai untuk WFH untuk kita menjadi negara yang lebih baik,” ujar Azhazul Azri.

 

“Kalau begitu, bagi kami hak untuk claim kos eletrik, internet, air, telco dan peranti yang kami guna untuk mudahkan kerja di rumah,” tambah @aifeiyalim.

Post a Comment