Kejam! Ditikam 25 Kali Di Tempat Awam Hingga Mati Kerana Disyaki Curang – Manis Madu
Ditikam 25 Kali Di Tempat Awam Hingga Mati Kerana Disyaki Curang

Kejam! Ditikam 25 Kali Di Tempat Awam Hingga Mati Kerana Disyaki Curang

Menurut laporan, seorang lelaki bertindak menikam isterinya hingga mati di sebuah pasar di Delhi, India.

 

Mangsa berusia 26 tahun dilaporkan dibunuh oleh suami yang mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit.

 

Kejadian yang berlaku di Budh Vihar di barat laut Delhi juga dikhabarkan turut disaksikan dan dirakam orang awam namun mereka tidak tampil menyelamatkan mangsa.

 

Ini kerana suspek bertindak mengancam orang awam yang menyaksikan kejadian itu supaya tidak masuk campur mahupun menyelamatkan mangsa.

 

Susulan itu, orang awam menelefon pihak polis dan dikhabarkan lelaki berkenaan tidak lari sebaliknya berkata “dia layak menerimanya”. – India Times

Post a Comment