Kelakar! Tapi Inilah Jenis-Jenis Perangai Suami Semasa Di Dalam Bilik Bersalin
Itu tak cerita lagi pasal reaction suami yang tak boleh tengok darah, tak boleh dengar isteri nangis dan ikut sekali dan ada banyak lagi.
Jadi, Fazlan nak list kan satu persatu jenis-jenis suami dekat labour room yang mungkin akan buat korang gelak atau nangis!
#1 Bersemangat Waja
Sumber Gambar: parenting.com
Jenis suami macam ini, vibes dia macam tengah tengok bola!
Suami yang macam ini akan bagi semangat pada isteri dia sampai baby keluar.
Mungkin dalam labour room akan bising dan nurse-nurse pun akan rasa semangat juga bila tengok suami macam ini.
Antara dialog yang akan keluar dari mulut suami secara automatik adalah macam “Sayang kuat lagi sayang sayang boleh!! Push lagi sayang sikit lagi-sikit lagi abang dah nampak dah baby kita!”
Haaa! Semangatkan, jom kita tengok jenis suami kedua pula!
#2 Romantis
Sumber Gambar: babycenter.in
Memang susah nak dapat suami yang romantik tapi bila dah dapat tolong jaga elok-elok.
Mestilah romantik akan membawa sampai ke labour room! Jadi jom kita tengok apa dialog yang selalu lelaki romantik cakap pada isteri masa dalam labour room!
“Awak ingat tak first time kita jumpa dulu, awak nak pandang saya pun segankan? Sekarang nak ada baby dah kita!”
Jadi masa si isteri contraction bolehlah dia happy-happy throwback zaman bercinta kan? Sweet kan!
#3 Diam Itu Emas
Sumber Gambar: gettyimages
Ada suami macam ini, isteri tengah teran tapi dia tidur jerr dekat sebelah. Tapi sebenarnya suami jenis macam ini dia takut nak tengok darah jadi perlulah faham dia Jadi jangan marah suami yang macam ini sebab nanti kalau paksa pengsan pula dia!
#4 Acah-Acah
Sumber Gambar: parents.com
Ini paling kelakar, walaupun dia takut tengok darah tapi sebab nak nampak sado, dia sanggup tipu dia nak masuk juga.
Nanti jadilah situasi macam ini, “Alah setakat darah tu saya dah biasa dah mesti ok punya.
Kalau encik tak okay encik tunggu je luar dulu kami jaga isteri encik nanti settle saya panggil”.
Belum sempat habis cakap, nampak darah terus pengsan dah, jadi jangan paksa suami anda dan suami-suami diluar sana kalau tak mampu jangan paksa!
#5 Panik
Sumber Gambar: indianexpress
Ini paling bahaya sebab nanti bukan doktor nak pantau isteri tapi nak pantau suami pula.
Orang panik ini nanti dia akan buat tindakan yang di luar jangkaan jadi sekali lagi jangan dipaksa!
“Ya ampun doktor banyaknya darah tu darah ke baby?” terus pengsan.
Jadi, kepada isteri dan suami-suami diluar sana perlu faham satu sama lain dan bersedialah untuk masuk ke labour room jika perlu goodluck suami!
Jenis-jenis suami kat labour room
( bila teman wife beranak ) : pic.twitter.com/htC5kaPTVD
— Muhammad Izzat (@muhammadeizat) April 21, 2021
Sumber: Twitter muhammadeizat