Kembali Aktif Di Instagram Selepas Dibebaskan, Ini Curahan Hati Dai Syed – Manis Madu

Kembali Aktif Di Instagram Selepas Dibebaskan, Ini Curahan Hati Dai Syed

Setelah dilepaskan dengan ikat jamin pada 15 Disember lalu, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful 25 atau lebih dikenali sebagai Dai Syed kini dilihat sudah kembali aktif di laman Instagram.

Daisyed_Indeed I Am Near

Sumber Gambar: Rotikaya

Ruangan Insta Stories beliau dipenuhi dengan muatnaik curahan hati yang terhasil sepanjang 19 hari berada dalam tahanan reman.

 

“Diusirnya aku tepat pada masa, rintihan kejar janji dunia semata, ku ke sini masih diri bagai hamba, sampai mati pasti digarinya, lokap SA (Shah Alam).”

Daisyed_lokap SA

Sumber Gambar: Rotikaya

“Dalam bicara aku ditempatkan, adil atau tidak, milik aku bukan, jemput diriku yang sekarang, jika dulu pasti tiada.”

“Yang dibina lama runtuh dalam saat, yang lari takut, yang tinggal pasti taat, yang benar ditutup, yang palsu diangkat, perjalanan masih belum tamat,” tulisnya.

Daisyed_Adil atau tidak

Beberapa keping foto hitam putih tanpa menampakkan wajah juga dimuatnaik pendakwah kontroversi tersebut.

 

Dalam pada itu, rakan artis, Ryan Deedat turut berkongsi rakaman video bersama Syed Iqmal ketika makan di sebuah kediaman.

 

“Hello guys, assalamualaikum,” kata Syed Iqmal sambil tersenyum ceria.

 

Terdahulu, Syed Iqmal dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Seksyen Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii.

 

Syed Iqmal juga berhadapan pertuduhan rogol di Mahkamah Sekysen Shah Alam.

 

Untuk pertuduhan cabul, mahkamah membenarkan Syed Iqmal diikat jamin sebanyak RM5,000 manakala pertuduhan seks luar tabii RM20,000 dan pertuduhan rogol sebanyak RM10,000.

Post a Comment