Datuk Seri Siti Nurhaliza Diabadikan Di Walk Of Fame Adelaide! – Manis Madu
Datuk Seri Siti Nurhaliza Diabadikan Di Walk Of Fame Adelaide

Datuk Seri Siti Nurhaliza Diabadikan Di Walk Of Fame Adelaide!

Kita dikejutkan dengan berita gembira oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza melalaui Instagram miliknya.

Menurut penyanyi legenda yang atau nama manjanya Tokti itu lagi, namanya diumumkan antara tiga pengkarya dan selebriti yang lain bahawa nama mereka bakal diabadikan di Walk Of Fame yang bertempat di Sungai Torrens, Adelaide, Australia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“ALHAMDULILLAH, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini.”

 

“Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri, tak sangka sebenarnya,” luah penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia pada tahun 2003.

 

Untuk pengetahuan Maduners lagi, apa yang lebih membanggakan kemenangan tersebut di raih Tokti apabila berjaya memecahkan rekod undian online untuk kategori Public Choice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Melalui pengiktirafan ini, Tokti adalah merupakan seorang penggiat seni yang pertama negara menerimanya penghormatan tersebut.

Selain Tokti, selebriti yang turut terpilih merupakan penari Australia, Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Critic’s Choice dan pemuzik terkenal Australia, William Barton yang terpilih menerusi kategori Adelaide Festival Centre Trust (AFCT).

 

Last but not least, Adelaide Festival Centre akan memutuskan tiga pengkarya hebat atau selebriti dari seluruh dunia melalui tiga kategori yang dijayakan oleh undian orang ramai.

 

Kategori tersebut adalah pilihan AFCT, undian orang ramai dan pilihan pengkritik bakal dipahat pada Walk Of Fame sejak ditubuhkan pada tahun 1973 lalu.

 

Setakat ini mereka sudah menampilkan 130 nama penggiat seni dunia sejak tahun 1973. Dari tahun 1973 hingga kini, 130 nama telah diabadikan di Walk Of Fame.

 

Madu ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza!

Post a Comment