Kembar Seiras Alami ‘Separation Anxiety’, Kongsi Segala-galanya Termasuk Teman Lelaki! – Manis Madu
Kembar Seiras Alami Separation Anxiety

Kembar Seiras Alami ‘Separation Anxiety’, Kongsi Segala-galanya Termasuk Teman Lelaki!

Maduners mesti tahu tentang kewujudan pasangan kembar sama ada kembar siam, kembar seiras dan kembar tidak seiras. Namun, pernah tak korang dengar tentang kisah pasangan kembar yang tidak boleh berpisah langsung kerana mengalami ‘Separation Anxiety’?

 

Pasangan kembar Anna dan Lucy DeCinque yang sering mendapat julukan sebagai kembar paling seiras di dunia ini mengalami masalah tersebut.

 

Difahamkan, mereka bukan sahaja berkongsi raut wajah yang sama malah mereka turut berkongsi pakaian, katil dan juga teman lelaki yang sama!

Pasangan kembar yang muncul dalam sebuah rancangan televisyen, TLC Show – Extreme Sisters turut mendedahkan mereka juga pergi ke tandas bersama-sama.

 

“Apabila dia (Lucy) ke tandas, saya akan pergi bersama. Begitu juga apabila mandi, saya turut ikut serta.

 

“Anda katakan apa sahaja, semuanya kami buat bersama-sama. Kami tak pernah berpisah. Kami menghidap gangguan kecemasan dalam perpisahan (separation anxiety). Kami terikat antara satu sama lain,” ujar Anna.

 

Sementara itu Lucy berkata teman lelaki mereka yang bernama Ben Byrne, 37, sangat memahami betapa eratnya hubungan serta kebergantungannya dengan Anna.

 

Malah kembar itu juga enggan mengambil peduli dengan pihak yang mengecam kehidupan mereka.

Sumber Gambar: AnnaLucyDecinque

Post a Comment