Kena Serangan Jantung Selepas Divaksin, Remaja Dapat Pampasan RM703,000 – Manis Madu
Kena Serangan Jantung Selepas Divaksin, Remaja Dapat Pampasan RM703,000

Kena Serangan Jantung Selepas Divaksin, Remaja Dapat Pampasan RM703,000

Seramai dua orang pesakit didakwa mengalami kesan sampingan yang serius selepas mendapat  vaksin Covid-19 di Singapura.

 

Mengikut laporan The Straits Time, kedua-dua individu itu telah menerima pampasan tertinggi sebanyak $225,000 dalam bantuan kewangan kerajaan termasuklah seorang remaja lelaki yang berusia 16 tahun.

 

Remaja 16 tahun ini dilaporkan mengalami masalah jantung selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan telah menerima RM703,000.

 

Pada Isnin lalu, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan remaja lelaki berusia 16 tahun itu kini menjalani pemulihan pesakit dalam dan akan dikeluarkan beberapa minggu akan datang.

 

Dia dipercayai rebah di rumah selepas menjalani sesi angkat berat di sebuah pusat gimnasium pada 3 Julai lalu iaitu enam hari selepas menerima vaksin dos pertama jenis Pfizer.

 

Remaja itu mengalami keradangan otot jantung yang teruk sehingga menyebabkan dia mengalami serangan jantung.

 

Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) yang dilancarkan awal tahun ini bertujuan mengurangkan kebimbangan dalam kalangan penerima vaksin, sekaligus mendorong orang ramai untuk tampil menerima suntikan vaksin masing-masing. 

 

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura di laman webnya, jumlah bantuan kewangan yang diberikan melalui VIFAP bagaimanapun adalah tetap dan bergantung kepada keparahan kesan sampingan yang serius.

 

Setakat ini, jumlah bayaran keseluruhan pampasan termasuk yang sedang diproses adalah sebanyak RM2.4 juta dimana ia membabitkan 144 pemohon yang dinilai mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

 

Kesan sampingan dikelaskan kepada tiga kategori, yang pertama adalah jika berlaku kematian atau kecacatan teruk yang kekal, kedua adalah berlaku kes yang perlu dimasukkan ke dalam wad dan yang terakhir kategori pesakit yang memerlukan rawatan pesakit dalam.

Post a Comment