Kena Tahan Tanpa Sebab? 5 Tips Untuk Wanita Bila Berdepan Dengan Pihak Polis – Manis Madu
5 Tips Untuk Wanita Bila Berdepan Dengan Pihak Polis

Kena Tahan Tanpa Sebab? 5 Tips Untuk Wanita Bila Berdepan Dengan Pihak Polis

Siapa saja yang tak cuak apabila ditahan oleh pihak berkuasa, lagi-lagi anggota polis. Nervous!

 

Mesti ramai di antara kita yang anggap polis merupakan satu organisasi besar yang sangat ‘scary’ dan mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab salahgunakan kuasa mereka.

 

Kalau betul Maduners melakukan kesalahan memang patut pun anda ditahan, tetapi bagaimana pula jika kita ditahan pihak berkuasa secara tiba-tiba tanpa tahu apa kesalahan yang kita dah lakukan? Bahkan mungkin  kita tak lakukan sebarang kesalahan pun!

 

Jangan risau, untuk wanita di luar sana yang selalu drive sendirian kemudian secara tiba-tiba ditahan polis, Alif akan kongsi beberapa tips apabila berhadapan dengan mereka.

1. Minta Untuk Mereka Tunjukkan Kad Kuasa/ Identiti

Jika pegawai yang menahan anda tidak berpakaian uniform, pastikan anda meminta mereka untuk menunjukkan kad kuasa mereka.

 

Setiap kad kuasa mempunyai warna yang berbeza mengikut pangkat mereka.

  • Biru: Pangkat Inspektor dan ke atas
  • Kuning: Pangkat lebih rendah daripada Inspektor
  • Putih: Polis simpanan
  • Merah: Pegawai yang digantung kuasa dan tiada apa-apa kuasa

2. Mengambil Maklumat Pegawai yang Menahan Anda

Polis-768px

Sumber Gambar: Bernama

Sekiranya ada dalam kalangan yang ditahan sewaktu sekatan, pastikan Maduners juga tidak lupa untuk mencatit nama dan nombor ID yang ada pada pakaian seragam mereka.

 

Dan paling penting juga, janga lupa untuk ambil nombor plat kenderaan yang digunakan mereka pada waktu itu, tak kisahlah naik motor ataupun kereta. Maklumat ini sangat penting dan berguna jika ada apa-apa yang terjadi.

3. Tidak Membongkar Maklumat Peribadi

Tidak Membongkar Maklumat Peribadi

Sekiranya pegawai tersebut meminta untuk memberikan maklumat diri, apa yang anda boleh beritahu cuma nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat rumah sahaja.

 

Mungkin ada pegawai ada bertanya soalan lain daripada itu, anda tidak perlu menjawab sebaliknya tanya kepada pegawai tersebut apa kesilapan atau kesalahan yang telah anda lakukan.

 

Tak mungkin nak tahan anda tanpa sebarang alasan yang kukuh, apa kesalahan yang telah anda lakukan? Mesti rasa curigakan? Jadi, tanyalah soalan tersebut kepada pegawai yang menahan anda.

4. Berhak Membuat Panggilan Telefon

Jika ditahan, anda berhak untuk membuat panggilan kepada mereka yang terdekat seperti ibu bapa anda, ataupun suami.

 

Jika ada peguam sendiri, hubungi dan maklumkan keadaan dan lokasi anda untuk mengesahkan penahanan tersebut.

5. Pegawai Lelaki TIDAK BOLEH Lakukan Pemeriksaan Ke Atas Wanita

Malawi_woms.transformed-768

Sumber Gambar: NST

Ini yang perkara yang penting untuk Maduners ingat. Pastikan pada ketika anda ditahan, jika anda disuruh untuk lakukan pemeriksaan badan, yang memeriksa anda adalah hanya boleh pegawai wanita dan bukannya pegawai lelaki.

 

Jika dipaksa juga, ambil maklumat tentang pegawai tersebut dan laporkan terus kepada mereka yang berkenaan untuk tindakan mahkamah.

Itu adalah serba sedikit yang Alif boleh kongsikan untuk Maduners di luar sana terutamanya wanita dalam menangani situasi berhadapan dengan pegawai polis.

 

Walaupun mereka berkuasa, tapi kita ada hak sebagai orang awam untuk tahu apa kesalahan yang telah kita lakukan.

Pihak The Malaysia Bar telah mengeluarkan satu e-brosur kepada mereka sebagai panduan dan mengetahui hak apabila diberhentikan, disoal dan ditahan oleh pihak polis.

 

Boleh klik link di sini untuk dapatkan brosur tersebut.

Post a Comment