Cantik Tapi Berbisa! Kisah 5 Srikandi Lagenda Alam Melayu Yang Kurang Diketahui Golongan Milenial – Manis Madu
Kisah 5 Srikandi Lagenda Alam Melayu Yang Kurang Diketahui Golongan Milenial

Cantik Tapi Berbisa! Kisah 5 Srikandi Lagenda Alam Melayu Yang Kurang Diketahui Golongan Milenial

Jangan fikir pendekar itu datang daripada kalangan lelaki sahaja! Sebenarnya ada juga srikandi yang hebat dan handal.

 

Ada yang dongeng, mitos dan ada yang sebenarnya wujud dalam lipatan sejarah, tetapi nama mereka kurang disebut.

 

Kali ini Alif nak kenalkan kepada Maduners semua srikandi yang hebat pada zaman dahulu. Jangan pandang rendah dengan puteri-puteri tempatan kita!

1. Tun Fatimah

Anak Bendahara Tun Mutahir yang sangat jelita dan cantik ini memang wujud dalam lipatan sejarah sebagai seorang srikandi.

 

Tun Fatimah dikatakan pandai bermain keris dan tombak serta handal dalam ilmu persilatan yang mana digunakan untuk  menuntut bela atas pembunuhan keluarganya yang dibunuh setelah difitnah.

 

Beliau seterusnya mendapat gelaran Permaisuri Tun Kudu setelah berkahwin dengan Sultan Mahmud dan menjadi Permaisuri Johor.

2. Cik Siti Wan Kembang

Seorang raja wanita yang memerintah negeri Kelantan pada awal abad ke-17 selepas Raja Hussein sebagai pemangku raja mangkat.

 

Sepanjang pemerintahannya, pelbagai sektor berkembang dengan maju termasuklah pertanian dan perdagangan. Power rupanya Cik Siti Wan Kembang!

3. Puteri Gunung Banang

Puteri-Gunung-Banang-768px

Sumber Gambar: Facebook

Memang jarang sekali kita dengar nama puteri ini. Ada yang berpendapat, Puteri Gunung Banang adalah setanding dengan Puteri Gunung Ledang!

 

Walaupun dianggap sebagai dongeng, Gunung Banang sebenarnya wujud dan terletak di pinggir bandar Batu Pahat yang mempunyai tempat beriadah dan pemandangan di kawasan tersebut memang cantik kerana menghadap Selat Melaka.

4. Tun Teja

tun-teja

Sumber Gambar: tokkayawan1.blogspot.com

Nama penuh beliau adalah Tun Teja Ratna Benggala merupakan anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang.

 

Beliau sangat cantik dan jelita sehingga menjadi rebutan orang yang berdagang di Pahang, namun telah pun ditunangkan dengan Sultan Pahang.

5. Puteri Walinong Sari

Berasal dari Pahang atau Inderapura pada suatu masa dahulu, Puteri Walinong Sari dikatakan sangat hebat orangnya. Bukan sahaja jelita, tapi tangkas dalam bersilat dan mahir mengendalikan lembing dan pedang.

 

Walaupun seorang wanita, namun tak ubah seperti lelaki. Tak pandai berhias dan tidak lemah lembut. Namun dia amat menggemari perlawanan sabung ayam.

Tak disangka sebenarnya Alam Melayu pun ada puteri dan srikandi yang hebat-hebat. Benarlah kata-kata dimana “Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia”.

Post a Comment