Keputusan SPM dah dapat, lepas tu nak ke mana?

Keputusan SPM dah dapat, lepas tu nak ke mana

Tahniah Madu ucapkan kepada Maduners yang sudah mengambil Keputusan SPM!! Usaha keras dan belajar sehingga lewat malam menjadi sangat berbaloi untuk disambut dengan mendapat keputusan yang cemerlang.

 

Okay, keputusan dah dapat. Tapi, Maduners tahu tak nak buat apa lepas tu? Haaa, Jangan risau. Madu ada sediakan beberapa tips untuk Maduners pilih yang bersesuaian dengan korang!! Lepas ni, korang tahulah nak jawab apa, bila orang tanya nak buat apa lepas SPM.

Fikir dahulu sebelum bertindak

Setiap orang mempunyai kemampuan masing-masing. Untuk itu, Maduners jangan buat keputusan terburu-buru. Maduners tanyalah diri sendiri sama ada diri tu ingin sambung belajar, bekerja ataupun berehat. Take your timeā€¦

Berbincang dengan ahli keluarga

Pengalaman sangat penting untuk keputusan ini. Oleh itu, Maduners berbincang lah dengan ahli keluarga Maduners yang pernah mengambil SPM. Mana tau, diaorang boleh bagi cadangan yang lebih bagus dan cekap untuk korang buat keputusan. Haaa!!!

Pergi ke Education Fair

Di Education Fair ni banyak maklumat yang boleh dikumpulkan terutama sekali apabila ia berkait rapat dengan keputusan Maduners. Mungkin buat masa sekarang Maduners takder mood nak belajar, tapi bila dah hadir ke sana, mana tahu boleh ubah persepsi Maduners.

Buat research tentang diri anda mengikut kursus yang bersesuaian dengan anda

Apa yang Maduners belajar masa di sekolah menengah, korang nak ke sambung belajar elektif itu? Mungkin ya mungkin tak. Tapi Madu pasti ramai yang nak pilih kursus yang disukai kan? Oleh itu, Maduners buatlah research tentang kursus yang korang suka. Bila dah suka, Maduners pun akan enjoy belajar mengenainya.

Tengok hasil kerja senior yang melanjutkan pelajaran sebagai inspirasi

Melihat hasil kerja senior boleh dijadikan inspirasi untuk Maduners fikirkan sama ada mahu melanjutkan pelajaran ataupun tidak. Sesetengah hasil kerja senior akan membuatkan anda lebih motivated, kerana korang nak buat lebih bagus dari mereka.

 

Madu harap tips ini boleh membantu Maduners buat keputusan yang tepat. Jangan berhenti berusaha Maduners! This is just the beginning! You can do it!!

Post a Comment