Kerap Berdepan Gangguan Seksual, Ibu Tunggal Nekad Jadi Lelaki! – Manis Madu
Kerap Berdepan Gangguan Seksual, Ibu Tunggal Nekad Jadi Lelaki!

Kerap Berdepan Gangguan Seksual, Ibu Tunggal Nekad Jadi Lelaki!

Gara-gara sering berdepan gangguan seksual melampau, seorang ibu tunggal di India nekad mengubah penampilan dirinya menjadi seorang lelaki!

 

Ibu anak satu yang dikenali sebagai Petchiammal dilaporkan sanggup mengubah identiti diri dan hidup sebagai seorang lelaki selama 36 tahun demi melindungi dan memberi suasana selamat buat anaknya.

 

Menurut laman India.com, wanita yang berasal dari Kampung Kattunayakanpatti, Tamil Nadu itu kematian suami tercinta ketika usianya masih sangat muda iaitu ketika berusia 20 tahun

 

Lebih tragis, mendiang suaminya meninggal dunia selepas 15 hari mereka berkahwin dan ketika itu juga dia disahkan mengandung anak sulung.

 

Rentetan dari itu, Petchiammal hilang sumber pendapatan dan memaksanya bekerja di tapak pembinaan, kedai makan dan hotel demi meneruskan kehidupan.

 

Namun, lain pula nasibnya di tempat kerja kerana dia sering diganggu lelaki-lelaki miang selama lebih sebulan dan membuatkannya membuat keputusan berani mati dengan menjadi lelaki.

 

Petchiammal memilih nama Muthu sebagai nama samaran dan ketika itu anak perempuannya, Shanmugasundari masih kecil.

 

Difahamkan, identiti asalnya hanya diketahui oleh saudara-mara terdekat dan anaknya sahaja.

 

Meskipun kini hidupnya sudah semakin stabil dan anaknya juga sudah berkahwin, Petchiammal menegaskan mahu mengekalkan identitinya sebagai Muthu buat selama-lamanya.

 

Salah satu alasannya, wanita yang berusia 57 tahun itu masih belum bersedia untuk kembali menjadi wanita.

 

“Dunia sekarang ini masih belum selamat,” katanya.

 

Tidak dapat dinafikan, kes gangguan seksual seperti rogol dan liwat memang menakutkan di India. Mangsa kebanyakannya dalam kalangan anak-anak yang masih kecil dan kaum Hawa.

Post a Comment