Kerja Gila! Netizen Gesa Trend Bakar Hutan Di TikTok Dihentikan – Manis Madu
Kerja Gila! Netizen Gesa Trend Bakar Hutan Di TikTok Dihentikan

Kerja Gila! Netizen Gesa Trend Bakar Hutan Di TikTok Dihentikan

Kecoh di media sosial seperti TikTok dan Twitter apabila seorang pengguna TikTok berasal dari Pakistan dikenali sebagai Humaira Asghar memuat naik video yang didakwa sengaja menyalakan api sehingga menyebabkan kebakaran hutan demi content!

Laporan daripada Free Press Journal berkata, membakar hutan kini menjadi trend di Pakistan dan kebanyakan influencer di sana sanggup melakukan apa sahaja demi content di media sosial.

 

Dalam video berkenaan, Asghar dilihat berjalan menuruni Margalla Hills di salah satu tempat di Pakistan berlatar belakangkan api yang mula marak berserta lagu sebagai latar muzik bagi video itu.

 

Lebih menyedihkan, Asghar bukan satu-satunya influencer yang dilaporkan membakar hutan hanya untuk kandungan media sosial namun dalam laporan lain, seorang lelaki juga bertindak membakar hutan untuk kandungan media sosialnya.

Menurut laporan India Express, seorang lelaki ditahan selepas didakwa sengaja membakar hutan untuk dijadikan latar buat kandungan videonya di bandar Abbottabad.

 

Video berkenaan memaparkan dua orang lelaki yang dilihat melakukan hal yang sama dengan menyalakan api di sebuah hutan kemudian melarikan diri sambil muzik dimainkan.

Post a Comment