“Kerja Kami Bukan Cuci Pampers!” Jururawat Dedah Realiti Urus Kebajikan Pesakit – Manis Madu
“Kerja Kami Bukan Cuci Pamper

“Kerja Kami Bukan Cuci Pampers!” Jururawat Dedah Realiti Urus Kebajikan Pesakit

Menguruskan kebajikan pesakit bukan satu perkara yang mudah. Kena banyak bersabar dan meletakkan tanggungjawab sebagai keutamaan.

 

Baru-baru ini seorang jururawat dikenali sebagai Athirah Rahmat berkongsi realiti pekerjaannya yang tidak ramai ketahui di laman sosial TikTok.

@athirah_rahmat Reply to @dahlianur00 kami tahu kerja kami. Kita kena tahu tanggungjawab kita okay? #xybca #EverythingSucks ♬ original sound – Athirah Rahmat

Athirah mengulas komen daripada pengikutnya berikutan situasi ketika mahu menukar lampin pesakit.

 

“Bila mak nak tukar pampers tiba-tiba anak tu lesap,” tulis komen tersebut.

 

Jururawat itu bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mengakui banyak pasangan atau anak-anak yang tidak sanggup melakukan tugas itu dan meminta jururawat mengurusnya.

 

“Isteri tukar pampers suami ramai je tapi ada juga yang tak nak tukar. Suami tak nak tukar pampers isteri ramai, belambak! Majoriti suami memang tak akan tukar pampers isteri.

 

“Anak tak tukar pampers mak atau ayah memang ramai lah,” ujarnya.

 

Di penghujung video tersebut, Athirah menitipkan pesan untuk tidak melakukan perkara sedemikian.

 

“Tolong jangan jadi macam tu. Jangan cakap kerja kitorang cuci pampers. Kitorang membantu, sebab simpati,” tambahnya.

 

Melihat di ruangan komen, netizen kebanyakannya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para jururawat yang menguruskan pesakit tanpa mengira situasi.

Post a Comment