Kes Basikal Lajak: Mahkamah Umum Pemandu Tak Bersalah, Dilepas & Dibebaskan – Manis Madu
Kes Basikal Lajak Mahkamah Umum Pemandu Tak Bersalah, Dilepas & Dibebaskan

Kes Basikal Lajak: Mahkamah Umum Pemandu Tak Bersalah, Dilepas & Dibebaskan

Mahkamah Majistret Johor Bahru, mengekalkan keputusan dengan membenarkan seorang jurujual wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

 

Menurut laporan, tertuduh, Sam Ke Ting, 26, sebelum ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini tanpa dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan, 28 Oktober 2019.

 

Keputusan itu diputuskan Majistret Siti Hajar Ali, yang membacakan keputusan kes diakhir pembelaan selepas tertuduh diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Februari lalu.

 

Siti Hajar yang membuat keputusan itu sebelum ini, sekali lagi memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

 

Dalam penghakimannya, beliau berkata, keterangan diberikan tertuduh ketika membela diri adalah munasabah dan bukan penafian atau rekaan semata-mata.

 

“Setelah mendengar keterangan dikemukakan dan menimbang hujah pendakwaan serta pembelaan di akhir kes pembelaan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan kesalahan keatas tertuduh.

 

“Ini selepas mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah. Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

 

Siti Hajar berkata, antara alasan mahkamah membuat keputusan tersebut ialah mengambil kira keterangan tertuduh yang tidak ada pengetahuan terhadap aktiviti basikal lajak di lokasi kejadian pada pukul 3 pagi itu adalah munasabah.

Sumber Gambar: Kosmo!

Post a Comment