Kes Gangguan Seksual Ketiga Dalam Sehari Di Tamarind Square, Pihak Pengurusan Terus Diam Diri! – Manis Madu
Kes Gangguan Seksual Ketiga Dalam Sehari Di Tamarind Square, Pihak Pengurusan Terus Diam Diri!

Kes Gangguan Seksual Ketiga Dalam Sehari Di Tamarind Square, Pihak Pengurusan Terus Diam Diri!

Kecoh di laman Twitter semalam apabila seorang gadis memuat naik satu perkongsian berkaitan satu lagi kes gangguan seksual yang berlaku di Tamarind Square.

Menurut gadis itu, ketika dia meletakkan kereta di tempat letak kenderaan bawah tanah dia terdengar suara wanita menjerit dengan sangat lama dan kuat.

 

Dalam keadaan panik, gadis tersebut terus membunyikan hon keretanya kerana di samping dia tidak tahu wanita itu berada di mana, bunyi hon kereta yang kuat dan panjang itu juga harapnya dapat menghentikan tindakan si pelaku.

 

Orang ramai juga turut membantu menenangkan wanita itu.

 

“Tak tahu lah good news ke tak, selipar lelaki ni tercabut sebelah maybe dia gelabah terus lari bila ramai dengar jeritan akak ni,” tulis gadis tersebut.

 

Tambah gadis itu lagi, kejadian yang berlaku kepada wanita itu adalah kes yang ketiga pada hari tersebut namun masih tiada sebarang tindakan dikeluarkan oleh pihak Tamarind Square.

 

It’s the third case for today. I repeat, FOR TODAY ONLY dah 3 orang jadi mangsa. Can you really imagine if it happens to your wife? Your sister? Your mom?

 

“Kes dah banyak jadi tapi management still tak nak ketatkan security. Agaknya sampai takde orang nak datang situ baru diorang nak take action kot kan,” tambahnya lagi.

 

Rata-rata warganet juga menyuarakan perkara yang sama berkaitan tempat berkenaan.

 

“Dah boleh banned kot @tamarind_square ni. Selagi tak ada tindakan apa-apa, tambah cctv, tambah rondaan keselamatan ke, kita palau je lah dia. Dah la building gelap, tak user friendly. Keselamatan pun OUT,” komen seorang netizen.

 

“Tamarind Square not safe for women or girls. Be alert guys,” tulis komen lainnya.

 

“Tempat sikit punya cantik cctv pun susah nak letak? Haih bahaya la, basement parking semua tu dah la sunyi lepas tu confusing jalan dia,” tambah seorang lagi netizen.

Post a Comment