Nekad Dedah Dunia Realiti Kepada Anak Istimewa, Ruang Komen Banjir Pujian! – Manis Madu
Nekad Dedah Dunia Realiti Kepada Anak Istimewa, Ruang Komen Banjir Pujian!

Nekad Dedah Dunia Realiti Kepada Anak Istimewa, Ruang Komen Banjir Pujian!

Perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Ella Ahmad di laman TikTok berjaya menarik perhatian warganet.

 

Dalam video berdurasi 32 saat itu, Puan Ella mendedahkan sedang dalam proses mendidik anak istimewanya berdepan dengan cabaran dunia realiti.

@mamacheputeh Pendedahan Dunia realiti bagi anak istimewa ini bukan mudah tapi kita perlu bersangka baik setiap aturan Allah s.w.t. #oscars #autismawareness #ellaahmad #kuikhlaskan #fypシ ♬ original sound – Sarah Cothran

First day at work, mama memerhatikan dari tepi. Ingatkan dia akan datang mengadu tapi dia buat tak tau je. Mama over sangat kan,” tulisnya dalam video berkenaan.

 

Menurut Puan Ella, setelah anaknya tamat Sijil Kemahiran Malaysia 3 (SKM) di Kolej Yayasan Pahang (KYP), beliau nekad membantu anaknya mencari pengalaman bekerja dan merasakan sudah tiba masanya untuk anaknya menghadapi dunia sebenar.

 

“Ikutkan along nak sambung belajar L4 tapi mama rasa mama kena ajar along menghadapi dunia sebenar walaupun hati ini berat melepaskan,” ujarnya.

 

Dalam video tersebut juga, anak Puan Ella kelihatan melakukan kerja dengan lancar dengan bantuan pekerja lain di sana.

 

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah atas usaha Puan Ella mendidik anaknya seperti itu. Tidak kurang juga yang berterima kasih kerana berkongsi tentang kesedaran mengenai golongan istimewa.

 

“Bagusnya dia. Tahniah Kak Ella, berjaya dalam mendidik dia. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan,” komen seorang warganet.

 

Proud of him and you as his supportive mom,” tulis @twinkle_917

 

“Wahh alhamdulillah! Persepsi masyarakat sekarang semakin ramai yang pandang positif golongan macam ni,” ujar netizen lain.

Post a Comment