Kes Keganasan Rumahtangga Meningkat, Sudah Tiba Masa Untuk Berhenti Jadi Mangsa Dera – Manis Madu
Kes Keganasan Rumahtangga Meningkat

Kes Keganasan Rumahtangga Meningkat, Sudah Tiba Masa Untuk Berhenti Jadi Mangsa Dera

Setiap wanita yang melangkah masuk ke alam perkahwinan mengimpikan kehidupan berumah tangga yang indah dan penuh kasih sayang. Tetapi tidak semua wanita bernasib baik mendapat kehidupan yang diinginkan.

alam perkahwinan

Untuk pengetahuan Maduners, menurut Pertubuhan Pertolongan Wanita atau Woman’s Aid Organisation (WAO), sepanjang tempoh PKP tahun lepas, sebanyak 264 panggilan dan pertanyaan di aplikasi Whatsapp diterima berhubung jenayah keganasan rumah tangga.

 

264 panggilan ya! Bukan satu angka kecil dan tidak mustahil terdapat banyak kes lagi terjadi namun tidak diketahui.

Mangsa keganasan

Mangsa keganasan rumah tangga kebiasaannya hidup dalam keadaan ketakutan, trauma dan buntu untuk mendapatkan pertolongan. Lebih memburukkan keadaan, mangsa tidak mahu dibantu kerana bergantung hidup dengan suami.

 

Jangan takut untuk keluar mendapatkan pertolongan dan keluar daripada kehidupan yang sedemikian. Jika Maduners menjadi mangsa keganasan rumah tangga, berikut adalah beberapa tindakan yang boleh diambil:

 

  • Berlindung di tempat selamat yang mana tiada senjata dan mempunyai jalan keluar. Kalau berlaku pertengkaran, pergi ke tempat tersebut.
  • Tindakan lari ke arah anak adalah tindakan yang salah. Jangan buat begitu kerana pasangan boleh mencederakan mereka juga.
  • Didik anak untuk selamatkan diri dan dapatkan bantuan.
  • Kalau boleh, jangan pakai barang kemas yang panjang atau apa-apa perhiasan diri yang boleh menjadi senjata untuk dia mencederakan diri anda.
  • Maklumkan kepada jiran tetangga yang dipercayai untuk hubungi pihak polis jika terdengar atau melihat kekecohan berlaku.
  • Kalau keadaan korang ketika itu tidak mampu berbuat apa-apa, cari sudut penjuru rumah, bentukkan badan seperti bola kecil, lindungi muka dan letakkan kedua-dua belah tangan menutup kepala dan genggamkan jari.
keluar mendapatkan pertolongan

Di bawah ini adalah antara nombor yang boleh dihubungi jika korang atau individu terdekat menjadi mangsa keganasan rumah tangga:

 

  • Women’s Aid Organisation (WAO) Hotline: +603 7956 3488 (24 hours), TINA (WhatsApp): +6018 988 8058 (24 hours)
  • Talian Kasih: 15999 (24 hour) / +6019 2615999 (WhatsApp)
  • Women’s Centre For Change (WCC) Hotline: (WCC Penang) +6011 3108 4001 / 016428 7265: (WCC Seberang/PPW) +6016 439 0698 / +6016 418 0342
  • SOLS Health: E-mel navigaide@sols247.org / +6018 900 3247
  • Befrienders KL: Telephone +603 7627 2929 (24 hours)

Post a Comment