Ketuk Kepala Buaya Dengan Kuali, Pemilik Pub Dipuji Berani – Manis Madu
Ketuk Kepala Buaya Dengan Kuali, Pemilik Pub Dipuji Berani

Ketuk Kepala Buaya Dengan Kuali, Pemilik Pub Dipuji Berani

Apa perasaan Maduners jika sedang enak bersantai di tepi sungai tetapi tiba-tiba didatangi seekor buaya besar? Ini bukan buaya darat ya, buaya betul! Mahu lari bertempiaran kalau ada dalam situasi macam ini kan?

 

Namun, baru-baru ini seorang pemilik pub dipuji apabila melakukan tindakan berani dengan mengetuk kepala seekor buaya dengan kuali!

59319641-10936429-The_rugged_outdoorsman_said_the_confrontation_began_when_the_bea-a-2_1655869040354 (1)

Kejadian yang berlaku di Northern Territory, Australia itu berjaya dirakam di rumah persinggahan di Pulau Goat menunjukkan seorang lelaki dikenali sebagai Kai Hansen melakukan dua ketukan kuat terhadap seekor buaya sepanjang 2.5 meter!

 

Menurut laporan Daily Mail, Hansen berkata, dua pukulan berkenaan sudah cukup untuk membuatkan reptilia itu berpatah balik ke dalam air.

 

“Sekurang-kurangnya saya dapat memastikan keadaan sudah selamat dan melakukan apa yang termampu. Tiada sesiapa yang tercedera dan buaya itu mendapat pengajaran yang berguna,” katanya.

59320209-10936429-image-a-15_1655779533269 (1)

Difahamkan, insiden tersebut bermula selepas buaya itu berkeliaran terlalu dekat dengan tempat percutian berkenaan dan bertukar menjadi agresif.

 

Hansen kemudian nekad untuk turun ke sungai dengan hanya berbekalkan kuali leper untuk memastikan laluan yang selamat kepada pengunjung.

 

Menurut Hansen, kejadian seperti itu bukan yang pertama kali berlaku kerana sekitar tahun 2018, anjing peliharaannya dibaham buaya sepanjang tiga meter di Sungai Adelaide.

 

Walaupun reptilia itu boleh memberikan ancaman pada bila-bila masa, Hansen berkata, dia langsung tidak gentar!

Post a Comment