Khusyuk Rakam Video Konten Media Sosial, Tiba-Tiba Telefon Bimbit Dilarikan Monyet – Manis Madu
Khusyuk Rakam Video Konten Media Sosial, Tiba-Tiba Telefon Bimbit Dilarikan Monyet (1)

Khusyuk Rakam Video Konten Media Sosial, Tiba-Tiba Telefon Bimbit Dilarikan Monyet

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi ketika seekor monyet mengambil telefon milik seorang wanita yang diletakkan di atas lantai untuk merakam video, lapor laman berita Kosmo!

 

Seorang wanita bertindak meletakkan telefonnya di atas lantai lalu berjalan menuju ke hadapan.

 

Ketika berdiri bersama rakan-rakannya untuk mencipta kandungan media sosial, tiba-tiba salah seorang rakannya menjerit. Rakaman video kemudian menunjukkan langit yang berwarna biru pada waktu itu.

 

Rupa-rupanya, seekor monyet yang berada di kawasan itu telah mengambil telefon milik wanita itu. Kaki dan badan monyet itu dapat dilihat apabila ia berlari membawanya.

 

Wanita itu berlari mengejar haiwan berkenaan sambil menjerit panik. Setelah mendapatkan telefonnya kembali, wanita itu berlari ketakutan menjauhi monyet berkenaan.

 

“Monyet itu mengambil telefon pelawat di hutan Bakau Langsa, Aceh ketika dia ingin membuat content,” demikian kapsyen pada video tersebut.

 

Muat naik itu tular dan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

 

“Mungkin ia cemburu tidak diajak masuk dalam rakaman video,” tulis seorang netizen.

 

“Nasib baik dapat balik telefon itu,” komen netizen lain.

Post a Comment