Kicap Jenama Hamadaya Dari Jepun Kini Diiktiraf Di Malaysia – Manis Madu
Ms Lili Ho, VP Marketing of Bidor Kwong Heng Sdn Bhd & Mr. Khaw Teik Lye, Managing Director of Bidor Kwong Heng SB

Kicap Jenama Hamadaya Dari Jepun Kini Diiktiraf Di Malaysia

Makanan yang berasal dari Negara Jepun merupakan salah satu makanan yang terkenal di Malaysia. Produk Hamadaya yang berasal dari negara Jepun ini tidak melepaskan peluang dengan mengeluarkan satu jenama kicap terbarunya untuk memenangi hati rakyat Malaysia.

 

Produk berasal dari Jepun yang diasaskan di Kumamoto sejak tahun 1818 ini merupakan resepi turun temurun yang telah teruji selama 200 tahun dan sudah menjelajah ke luar negara seperti di China, Singapura, United Kingdom dan kini di Malaysia.

 

Gelombang makanan Jepun yang semakin popular di Malaysia telah mendorong pengasas produk Hamadaya ini untuk mengeluarkan produk Halal dan Maduners juga tak perlu ragu kerana produk Hamadaya ini telah diperakui Halal oleh JAKIM.

Hamadaya Japanese Sauces Product Range

Hamadaya menawarkan tiga jenis kicap iaitu Kicap Soya Premium, Kicap Perasa, Kicap Kurang Garam, dan satu jenis sos tiram dimana ia membawakan perisa Jepun yang asli serta menjadi pilihan cef-cef terkemuka.

Nagano Walnuts Soba
Engawa to Karashi no Tane

Bagi menghasilkan rasa kicap yang berkualiti, ramuan-ramuan yang terbaik digunakan untuk menepati citarasa dan kepuasan pengguna.

 

Dengan harga bermula dari RM 8.90 sebotol, sekarang Maduners boleh dapatkan kicap Hamadaya di pasar raya AEON, AEON Big, AEON MaxValu Prime, Village Grocer dan Jaya Grocer.

 

Kicap Hadamaya juga akan dilancarkan di pasar raya The Store, Cold Storage, Giant dan Mercato pada pertengan April ini atau para pelanggan boleh membeli secara dalam talian di Lazada dan Shopee melalui Kedai Rasmi Warisan Makanan.

Post a Comment