Kini Sudah Sembuh, Mawar Karim Kongsi Pengalaman Diri & Anak Dijangkiti Covid-19 – Manis Madu
Mawar Karim Kongsi Pengalaman Diri & Anak Dijangkiti Covid-19

Kini Sudah Sembuh, Mawar Karim Kongsi Pengalaman Diri & Anak Dijangkiti Covid-19

Seperti yang Maduners sedia maklum, Mawar dan anaknya Maryam disahkan dijangkiti Covid-19 pada 4 Januari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)

Berita gembira untuk dikongsikan, setelah Mawar dan Maryam menerima rawatan di sebuah pusat perubatan lebih kurang 10 hari, mereka disahkan telah bebas daripada virus yang sedang melanda dunia itu, Covid-19, dan dibenarkan pulang ke rumah.

 

Mawar yang juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar dan pengasas tudung terkemuka itu berkongsi perkembangan terbaharu di Insta Story miliknya, memberitahu mereka berdua sudah sihat sepenuhnya, manakala ayah Mawar semakin pulih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua yang sentiasa mendoakan Double M (Mawar dan Maryam) dan keluarga saya.

 

“Saya rasa terharu atas doa-doa kalian yang banyak memberi semangat kepada saya dan keluarga. Walaupun mungkin kita tidak pernah kenal atau pernah jumpa.

 

“Semoga kita semua dalam keadaan yang baik untuk permulaan 2021,” tulisnya.

 

Untuk pengetahuan Maduners lagi, Mawar turut berkongsi symptom demam panas yang dialaminya sebelum disahkan positif, manakala anaknya, Maryam, tidak mengalami apa-apa.

 

“Bermula sebelum tahun baru, saya dah rasa demam segelah empat tahun tidak demam. Alhamdulillah.

 

“Di situ bermulanya. Mula ingat biasa-biasa dan Maryam pun tak ada tunjuk apa-apa simptom. Mula hari ketiga, dah mula rasa pelik juga dan pergi buat swab test.

 

“Maryam hanya demam setelah dimasukkan ke hospital. Saya pula, tak tahu nak cerita macam mana, tetapi lain orang lain rasa.

 

“Ketika rasa sesak nafas dan sakit kepala sekali gus datang sampai otak terasa biul (tak betul). Tapi tetap control cun depan keluarga sebab tak mahu keluarga saya risau,” ujarnya.

 

Madu ucapkan tahniah kepada Mawar dan keluarga kerana telah berjaya bebas dari virus Covid-19.

Sumber: Sinarplus

Post a Comment