Hampir Setahun Pemergiannya, Achey Kongsi Luahan Hati, Kenang Hari Jadi Ke-33 Arwah Abam
Kenang Hari Jadi Ke-33 Arwah Abam

Hampir Setahun Pemergiannya, Achey Kongsi Luahan Hati, Kenang Hari Jadi Ke-33 Arwah Abam

Pejam celik rupanya sudah hampir setahun pemergian Allahyarham Abam. Meskipun sudah hampir setahun, tidak keterlaluan jika Madu katakan bahawa pemergiannya masih dirasai hingga saat ini.

 

Lebih-lebih lagi buat dua sahabat baik Abam yang merupakan ahli kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad.

 

Mengenang ulang tahun kelahiran sahabat baiknya yang ke-33, Achey sempat berkongsi rasa dan dimuat naik di laman Instagram tentang sahabatnya itu.

Menurut perkongsian tersebut, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, situasi Covid-19 yang melanda negara kini menyebabkan dia tidak dapat menziarahi pusara Abam seperti kebiasaannya.

 

Achey juga berkata, meskipun hampir genap setahun Abam meninggal dunia, dia dan Fad tidak pernah melupakan kenangan mereka bersama sepanjang terlibat dalam dunia hiburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

“Sekarang kalau dapat ruang jumpa Fad benda lain takda (borak), mesti borak pasal kau.

 

“Lepas tu gelak berdua memikirkan punchline-punchline yang kita buat tak jadi…Fad, kau mesti dapat bayang muka dia (Abam) malu-malu bila kita bawa kek,”

 

Abam dilaporkan meninggal dunia pada 10 Februari tahun lalu akibat demam panas di kediamannya di Gombak, Selangor.

 

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia dua tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam)

Post a Comment