Kita Terpedaya! 5 Mitos Tentang Penglihatan Yang Masih Dipercayai Oleh Orang Ramai
Dari dulu lagi kita dibesarkan dengan mempercayai pelbagai mitos tentang penglihatan. Yalah, ungkapan “bak kata orang-orang tua” memang selalu diguna pakai dalam kehidupan.
Dalam artikel kali ini, Yaya nak betulkan persepsi Maduners semua tentang mata kita!
Mitos 1: Makan Lobak Merah Mampu Menambahbaik Penglihatan
Sumber Gambar: indianexpress.com
Ibu selalu cakap, “Makanlah lobak merah kalau nak mata sihat”. Menurut American Academy of Ophthalmology, makanan yang kaya dengan Vitamin A boleh menjaga penglihatan. Namun, ia tidak akan menghilangkan masalah mata yang anda hadapi.
Mitos 2: Duduk Terlalu Dekat Dengan TV Akan Merosakkan Mata
Sumber Gambar: sites.psu.edu
Dulu masa kecil memang selalu kena marah sebab tengok TV dalam jarak yang sangat dekat. Sebenarnya, ia tidak akan merosakkan mata. Namun, ia mampu membuat seseorang itu sakit kepala.
Mitos 3: Membaca Dalam Gelap Akan Merosakkan Mata
Ramai juga yang percaya bahawa membaca dalam gelap mampu merosakkan mata. Tapi sebenarnya, ia hanya akan menyebabkan mata keletihan. Jadi, kalau nak baca dengan lama, bacalah di tempat yang lebih terang!
Mitos 4: Memakai Cermin Mata Orang Lain Akan Melemahkan Penglihatan Anda
Katzen Eye Group pernah menyatakan bahawa memakai cermin mata dengan preskripsi yang tidak betul akan mengakibatkan ketegangan dan keletihan mata, tetapi tidak akan menyebabkan mata rosak sepenuhnya.
Mitos 5: Senaman Mata Berkesan
Sumber Gambar: www.framesbuy.com.au
Senaman mata tidak akan mengurangkan keperluan Maduners untuk memakai cermin mata. Hal ini kerana, masalah mata mungkin berpunca atas faktor yang tak dapat dielakkan seperti genetik.
Mata dan penglihatan kita penting dalam kehidupan. Walaupun mitos-mitos tadi tidak tepat, namun boleh digunakan sekadar kesedaran untuk sentiasa menjaga mata kita!