Klasik! Throwback 5 Koleksi Mekap Zaman-Zaman Marilyn Monroe! – Manis Madu
Throwback 5 Koleksi Mekap Zaman-Zaman Marilyn Monroe

Klasik! Throwback 5 Koleksi Mekap Zaman-Zaman Marilyn Monroe!

Industri mekap dan fesyen ini sememangnya akan terus hidup sepanjang zaman. Inilah dia kuasa wanita! Setuju tak?

 

Setiap tahun mesti ada ajerr inovasi baru yang melibatkan alat mekap. Tak kisahlah, gincu, maskara ataupun blusher.

 

Tapi pernah tak korang tengok kosmetik vintaj yang pernah wujud pada zaman 20-an, 40-an atau era-era sebelumnya? Kalau belum, jom ikuti Madu throwback koleksi mekap lama!

1. Maskara Maybelline

9-Photos-Of-What-Mascara-Used-To-Look-Like

Sumber Gambar: www.pinterest.com

Siapa sangka maskara dahulu berbentuk macam ni? Nampak macam watercolour pun ada juga.

Maskara-Maybelline-768

Sumber Gambar: www.pinterest.com

Untuk pengetahuan Maduners, maskara ini wujud seawal tahun 1900-an. Cara untuk memakainya pula, korang harus basahkan berus dengan sedikit air kemudian salutkan pada pes maskara dan sapukan terus pada bulu mata. Gituuuu! Nampak macam lecehkan? Tapi begitulah cara moyang-moyang kita memakai maskara masa zaman dulu.

Maskara-Maybelline-02

Sumber Gambar: www.pinterest.com

Memandangkan maskara Maybelline ni sangat rare untuk dijumpa sekarang ini…korang percaya tak ianya sekarang dijual pada harga $90 US Dollar (RM 373) di Ebay? Mahalkan!

2. Blusher Besame Delicate Rouge

Blusher-Besame-Delicate-Rouge

Sumber Gambar: www.pinterest.com

Mekap trend zaman dahulu sangat mementingkan rosy look. Jadi, kebiasannya mereka akan memakai blusher yang bewarna pink, oren atau kemerah-merahan untuk menaikkan seri wajah.

Blusher-Besame-Delicate-Rouge-02

Fungsinya sama sahaja seperti blusher yang wujud pada generasi ini, cuma apa yang berbeza adalah cara pemakaiannya iaitu dipakai dalam bentuk bulat pada pipi untuk mendapatkan look yang lebih soft dan feminin.

3. Gincu Merah Besame Cosmetic

Besame-Cosmetics-1946-Lipstick-in-Red-Velvet-768

Sumber Gambar: www.buzzfeed.com

Kalau Maduners nak tahu, gincu merah Besame Cosmetics ini merupakan M.A.C versi era 40-an. Ianya menjadi kegilaan ramai pada waktu tersebut kerana mereka mempunyai trend “redder than red lipstick” – Glamour Daze.

Gincu-Merah-Besame-Cosmetic-768

Sumber Gambar: www.pinterest.com

Besame Cosmetics juga ada mengeluarkan tester kit yang disalutkan pada bilah-bilah kayu. Mereka boleh try sahaja kesemua warna untuk mencari gincu yang perfect untuk diri sendiri tanpa perlu membazir. Style kan?

Gincu-Merah-Besame-Cosmetic-03

Sumber Gambar: www.pinterest.com

Inilah dia mekap look yang menjadi trend pada tahun 1940. Sangat klasik dan confident!

4. Pond’s Bronze Angel Face

Ponds-Angel-Face-Powder-Cake-Makeup-ONE-Container-NOS

Sumber Gambar: www.pinterest.com

Sekali padang macam produk lip balm kan? Tapi bukan, ini adalah bronzer yang dikeluarkan oleh jenama Pond’s.

1948-POND'S-Angel-Face-Powder-Compact-Vintage-Cosmetics-Make-Up-Photo-AD

Cuma apa yang sedihnya, Madu rasa bronzer yang wujud pada zaman dulu tidak mempunyai banyak pilihan warna. Majoriti industri mekap 100 tahun dahulu hanya mengeluarkan shades kosmetik yang sesuai bagi berkulit cerah sahaja. Tapi tak perlu risau, sebab kita ada Fenty Beauty. 2020 is all about diversity!

Sumber Gambar: www.pinterest.com

5. Minyak Wangi Estee Lauder

Minyak-Wangi-Kompak-Estee-Lauder

Sumber Gambar: www.wanista.com

Memang cantik gilerr loket ini. Cuma sebenarnya bukan loket, tapi minyak wangi yang dicipta dalam bentuk compact. Estee Lauder mengeluarkan versi compact ini semua wanita-wanita pada zaman tersebut boleh bawa minyak wangi ini ke mana sahaja.

Minyak Wangi Kompak Estee Lauder-02

Sumber Gambar: www.wanista.com

Minyak wanginya berbentuk pepejal dan bukan cecair ye! Menarikkan? Madu tak pernah nampak lagi perfume yang berbentuk macam ni.

Jadi macam mana? Madu teringin rasa nak putar masa balik dan try balik mekap-mekap vintaj ini?

Post a Comment