Koleksi Pakaian Rasmi IKEA Tiba Di Singapura, Menangis Hype Beasts Malaysia!
Sebut jerr nama IKEA, Madu rasa semua orang kenal. Cakap pasal IKEA mesti terbayang barang-barang kelengkapan rumah dan makanan-makanan yang menyelerakan.
Penangan IKEA yang telah menjadi nama utama di pasaran membuatkan ada pereka yang mengeluarkan barangan dengan meletakkan logo IKEA seperti topeng muka, t-shirt, hoodie, tumbler dan lain-lain. Namun, barangan ini bukanlah keluaran IKEA.
View this post on Instagram
Pada awal tahun ini, IKEA telah mengeluarkan koleksi barangannya sendiri di kedai konsep Harajuku di Jepun! Koleksi yang disebut ‘Efterträda’ yang bermaksud ‘penerus’ dalam bahasa Sweden, menampilkan pelbagai produk termasuk pakaian jalanan yang telah lama ditunggu-tunggu oleh hypebeast tempatan.
Untuk pengetahuan Maduners, koleksi ini kini telah tiba di IKEA Singapura. Wahh, dah dekat dengan Malaysia!
Koleksi yang dilengkapi botol air, kemeja-T, tuala mandi dan hoodie membawa tema minimalis dan mendapat sambutan hangat ketika pelancaran di IKEA Singapura pada 10 Disember 2020, dan dalam talian pada 17 Disember.
View this post on Instagram
Sebut pasal harga pula, barang-barang ini boleh didapati dengan harga serendah SGD 3.90 (RM11.87)!
View this post on Instagram
Namun hingga kini, masih belum ada berita tentang bila koleksi tersebut akan masuk ke IKEA Malaysia. Aduh harap cepatlah sampai, tak sabar nak beli! Rambang mata dah tengok design minimalis yang memang lawa sangat!
~Stay Safe Maduners~