Pening Nak Beli Hadiah Untuk Anak Buah, Ini Cadangan Madu Hadiah Untuk Krismas Tahun Ini! – Manis Madu
Beli Hadiah Untuk Anak Buah

Pening Nak Beli Hadiah Untuk Anak Buah, Ini Cadangan Madu Hadiah Untuk Krismas Tahun Ini!

Bila tiba waktu Krismas, mesti korang akan buat persiapan untuk beli hadiah untuk ahli keluarga dan rakan-rakan kan? Termasuk hadiah buat anak-anak kecil seperti anak saudara.

 

Hadiah untuk mereka memang senang dicari dan dipilih jika kita tahu minat dan apa yang mereka inginkan tetapi jika kita kurang tahu memang boleh timbul masalah!

 

Meh sini Madu bantu Maduners pilih hadiah!

#1 Skuter

toddler-using-scooter-on-road-Skuter

Hadiah yang satu ini sesuai sangat dihadiahkan buat kanak-kanak yang aktif! Mesti mereka akan teruja untuk guna hadiah ini.

#2 Set memasak

Kids Chef Set

Sumber Gambar: Shopee

Rasanya Maduners dah tahu hadiah ini sesuai untuk siapa, kan? Semestinya untuk kanak-kanak perempuan! Selain untuk bermain, korang boleh rangsang minat dan cita-cita untuk anak buah korang melalui set masakan ini. Berbaloi beli!

#3 Buku

Pemilihan buku kanak-kanak 2a

Khusus buat kanak-kanak yang suka membaca! Tapi carilah buku yang menarik minat dan sesuai dengan umur mereka. Contohnya buku yang ada lampu-lampu atau mengeluarkan suara. Confirm melekat jerr dengan buku tu!

#4 Blok Binaan

3D-Stacking-Block-untuk-Kanak-Kanak

Sumber Gambar: ms.hape-toy.com

Blok binaan atau lebih dikenali sebagai lego adalah antara hadiah yang tak asing untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak. Tahu tak blok binaan sebenarnya mampu meningkatkan kreativiti, membentuk kemahiran motor, melatih fokus anak-anak dan banyak lagi.

#5 Komik kosong

Draw your own comic

Sumber Gambar: www.amazon.co.uk

Hadiah ini pula sesuai buat kanak-kanak yang minat melukis. Bayangkan, korang hadiahkan komik yang kosong untuk diisi dengan lukisan-lukisan mereka. Sangat menarik!

 

Haa itu adalah antara lima hadiah yang boleh Maduners beli dan hadiahkan kepada kanak-kanak ketika sambutan Krismas. Biarlah hadiah yang diberi bukan sekadar hadiah tapi dapat memberi manfaat buat mereka.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment