Konon Nak Mati Bersama, Suami Bertindak Bakar Isteri Sebelum Memeluknya – Manis Madu
Konon Nak Mati Bersama, Suami Bertindak Bakar Isteri Sebelum Memeluknya

Konon Nak Mati Bersama, Suami Bertindak Bakar Isteri Sebelum Memeluknya

Masalah kewangan yang sering berlaku pada masa kini sememangnya sesuatu perkara yang perlu dititikberatkan kerana ia dilihat dapat mempengaruhi kesihatan mental seseorang.

 

Baru-baru ini Kompas melaporkan terdapat seorang lelaki di Papua Barat bertindak membakar isterinya kerana tekanan perasaaan akibat hutang yang dialami.

 

Lelaki yang merupakan suami kepada si mangsa bagaimanapun sempat memeluk isteri yang dibakarnya atas alasan mahu mati bersama.

 

Mangsa yang berusia 28 tahun itu merupakan seorang anggota polis dan tinggal bersama suaminya di kuarters kerajaan di daerah berkenaan.

 

Menurut ibu mangsa, anak perempuannya ketika itu sedang menggunakan telefon bimbit di dalam bilik.

 

Namun, menantunya yang berusia 33 tahun itu tiba-tiba sahaja datang lalu mencurahkan minyak pada badan anaknya sebelum dibakar.

 

“Anak saya kemudiannya lari untuk selamatkan diri dengan masuk ke dalam tong berisi air”.

 

“Dia kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah akibat kebakaran” 

 

Polis menahan suami kepada mangsa terbabit dan mendapat tahu kejadian yang berlaku itu berpunca daripada tekanan perasaan akibat hutang. 

 

Suspek juga dikatakan memohon pinjaman kewangan dari bank namun ditolak kerana beban hutang yang ditanggungnya sudah tinggi. 

 

Sebelum itu, mangsa juga ada menceritakan suaminya kerap mengacukan parang dan pistol setiap kali mereka bergaduh dan bertengkar.

Post a Comment