Hos Televisyen Dedah Tidak Dibayar Gaji Ketika Siaran Langsung, Dipecat Stesen TV – Manis Madu
Kabinda Kalimina Hos Televisyen Dedah Tidak Dibayar Gaji Ketika Siaran Langsung, Dipecat Stesen TV

Hos Televisyen Dedah Tidak Dibayar Gaji Ketika Siaran Langsung, Dipecat Stesen TV

Seorang penyampai televisyen di Zambia membuat kejutan apabila meluahkan pengakuan dia dan rakan sekerjanya tidak dibayar gaji.

 

Kabinda Kalimina membuat pengakuan berkenaan ketika siaran langsung di sebuah program stesen televisyen KBN TV.

 

NDTV melaporkan, Kalimina sebelum ini membaca berita secara langsung pada Sabtu sebelum menyelitkan kisah yang dihadapinya bersama rakan sekerja lain.

 

“Kita adalah manusia dan harus dibayar (gaji) namun KBN TV masih belum membayar gaji kami.

 

“Saya dan rakan yang lain tidak dibayar gaji lagi. Kami harus dibayar (gaji),” katanya.

 

Selepas perkara itu disedari pengurusan KBN TV, Kalimina kemudiannya dipecat stesen televisyen itu.

Kalimina kemudian memuat naik rakaman siaran langsung itu di Facebook sebelum ia tular.

 

“Ya, saya membuat pengakuan itu dalam siaran langsung kerana sebahagian besar wartawan takut untuk mendedahkannya,” katanya.

 

Video itu ditonton ribuan netizen di Facebook dan ramai yang mendesak agar kakitangan stesen televisyen berkenaan dibayar gaji.

 

Namun, KBN TV mendakwa Kalimina mabuk dan menganggap ia perbuatan yang keterlaluan.

 

Sumber Gambar: NDTV

Post a Comment