Konsep Perkahwinan Pandu Lalu Viral Di Indonesia! – Manis Madu
Konsep Perkahwinan Pandu Lalu Viral Di Indonesia

Konsep Perkahwinan Pandu Lalu Viral Di Indonesia!

Konsep majlis perkahwinan secara pandu lalu akibat pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat di Indonesia menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

 

Konsep pernikahan itu dianggap unik dan dibuat sebagai penyelesaian kepada mereka yang mahu bernikah ketika PPKM.

 

Video yang menunjukkan majlis pernikahan dengan menggunakan kaedah pandu lalu itu dimuat naik oleh akaun TikTok @rms_bwi.

Menerusi video itu, dapat dilihat tetamu yang datang dengan menaiki motosikal akan dipersilakan untuk masuk ke kawasan pernikahan yang sudah dibentang karpet.

 

Tetamu itu kemudian boleh menghulurkan sumbangan kepada pengantin tanpa turun daripada motosikal dan boleh terus menuju ke pelamin.

 

Makanan pula akan dibungkus di dalam kotak untuk diberikan kepada tetamu.

 

Video tersebut sudah ditonton lebih 2.2 juta kali dan netizen yang menontonnya rata-rata meninggalkan komen serta bersetuju dengan kaedah pernikahan itu.

Post a Comment