Kronologi & Cerita Sebenar Di Sebalik Kes Penderaan Bella – Manis Madu
Kronologi & Cerita Sebenar Disebalik Kes Penderaan Bella

Kronologi & Cerita Sebenar Di Sebalik Kes Penderaan Bella

Beberapa hari ini penuh di media sosial berkenaan kes penderaan yang berlaku ke atas adik Bella.

 

Adik Bella merupakan seorang anak Down Syndrome berusia 13 tahun yang pada awalnya ditemui berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur dan ketika itu beliau baru sahaja berusia 7 tahun.

Mengikut sumber-sumber lain beliau dikatakan anak yatim piatu dan salah seorang telah melaporkan mengenainya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Pihak JKM telah menempatkan adik Bella di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah di Negeri Sembilan. Keadaan dan layanan pada ketika itu dilihat baik sehinggalah usianya mencecah 12 tahun.

 

Adik Bella dibawa ke mahkamah untuk urusan penyambungan perintah penjagaan di rumah berkenaan. 

 

Secara kebetulan Siti Bainun yang merupakan pengasas Rumah Bonda ketika itu berada di mahkamah bagi menguruskan hal mahkamah anak-anak di rumah bonda.

 

Siti Bainun meminta kebenaran hakim untuk menjaga anak istimewa itu dan memaklumkan dia suka dengan kanak-kanak sindrom down memandangkan beliau turut menjaga beberapa orang lagi kanak-kanak. 

 

Setelah mendapat persetujuan Hakim, Bella mula ditempatkan di Rumah Bonda dari Julai 2020 hingga Oktober 2020.

 

Rumah Bonda ini difahamkan rumah perlindungan wanita hamil luar nikah. Keadaan menjadi agak pelik apabila adik Bella juga dijaga di rumah tersebut.

 

Adik Bella dijaga selama 4 bulan di Rumah Perlindungan Bonda sebelum dia dibawa menetap di kondo milik Siti Bainun.

 

Sejak dari itu, sukarelawan yang selalu membantu dalam urusan kebajikan Rumah Bonda terputus hubungan dengan Bella tanpa mendengar apa-apa  khabar berita. 

 

Sekitar Februari dan Mac 2021, sukarelawan Rumah Bonda ada berjumpa Bella di kondo berkenaan, tetapi ketika itu  masih belum ada kesan cedera secara fizikal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rykarl iskandar (@rykarl_official)

Bella juga ada memaklumkan bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah tersebut tetapi sukarelawan itu tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia bukanlah pengasas di situ 

 

Pada 23 Jun yang lepas semua penghuni Rumah Bonda dan anak-anak di kondo dikuarantin kerana kes covid dan sejak dari itu semuanya terbongkar!

 

Timbul tanda tanya oleh pihak sukarelawan apabila anak-anak di kondo termasuklah adik Bella tidak dihantar ke hospital memandangkan Siti Bainun merupakan kontek rapat kepada pesakit positif Covid-19.

 

Sukarelawan berkenaan berjaya masuk ke kondo berkenaan dan melihat keadaan Bella yang cukup menyedihkan.

 

Ketika ditemui, berat badan Bella dilihat susut dan seperti tidak bermaya. Anggota badan Bella juga dilihat ada kesan lebam dan luka.

 

Apa yang lebih mengejutkan apabila ada luka yang lebih parah dan bernanah disorok di sebalik baju lengan panjang yang dipakai Bella.

 

Sukarelawan tersebut terus menghubungi Syed Azmi selaku pengurus pusat berkenaan tetapi malangnya Syed Azmi tidak mempercayai berita tersebut dan meminta sukarelawan itu menguruskannya sendiri jika dia yakin itu adalah kes dera.

 

Dengan perasaan yang sangat kecewa dan sedih melihat keadaan Bella, sukarelawan tersebut terus membawa Bella ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis.

 

Cerita sedikit demi sedikit terbongkar apabila sukarelawan itu mendapat tahu bahawa Bella didera untuk berdiri di tepi dinding setiap 6.30 pagi dan tidak diberi makan.

 

Bella juga disumbat ke dalam stor dengan keadaan tangannya yang berikat.

 

Jika Bella didapati duduk, budak-budak lain yang tinggal bersama di kondo Bainun itu akan memukulnya. Pendera Bella difahamkan bukan hanya seorang tetapi hampir 5 orang yang terlibat dalam kes penderaan tersebut.

 

Walau bagaimanpun, selepas kisah mengenai adik Bella ini viral dan mendapat perhatian ramai, hasil siasatan mendapati Rumah Bonda ini dipercayai tidak didaftarkan.

 

Rumah Bonda ini telah dijalankan tanpa kebenaran dan tidak di daftarkan di bawah peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993 dan secara serta merta hak penjagaan Bella dari Siti Bainun juga dilucutkan.

 

Sebagai langkah proaktif Rumah Kebajikan berkenaan juga disita sehingga adanya perintah mahkamah  yang membenarkan ia dibuka semula.

Sumber: Akhi Fairuz

Post a Comment