Kuat Kentut & Sendawa Punya Pasal, Penyampai Berita Saman Majikan!
Dengar macam lucu tapi perkara ini betul-betul terjadi! Seorang lelaki disaman gara-gara kerap kentut dan sendawa dengan kuat.
Menurut laporan Daily Mail, seorang penyampai berita televisyen membuat tuntutan saman terhadap majikannya berikutan rakan sekerjanya kerana selalu kentut dan sendawa dengan kuat.
Difahamkan, insiden itu bermula apabila personaliti wanita dari stesen penyiar Itali, RAI, Dania Mondini membuat aduan rasmi terhadap majikannya atas sebab rakan sekerjanya yang kerap kentut dan mengeluarkan bau busuk.
Dalam tuntutan itu, Mondini meminta dia dipindahkan ke bilik lain untuk menjauhkan daripada diri daripada lelaki yang tidak mengamalkan kebersihan itu namun pengurusnya bertegas meminta dia kekal berada di situ.
Wanita itu mendakwa perkara itu adalah sebahagian daripada kempen intimidasi terhadapnya yang berpunca daripada persaingan professional.
Tambahnya lagi, permintaan itu membuatkan dia dibuli oleh pengurusnya termasuk diturunkan pangkat dan ditugaskan membaca berita dan didera secara lisan.
Memetik sumber, masalah perubatan menjadi punca lelaki itu kerap kentut dan bukan sengaja untuk membuat jenaka.
Mondini tetap bertegas dia dilayan secara tidak adil serta dinafikan kenaikan pangkat.
Kes tersebut sudah berlanjutan selama empat tahun selepas Mondini membawa kes ke mahkamah sejak 2018.