Kucing Tengok Video Terakhir Tuan, Akhirnya Peluk Telefon Kerana Terlalu Rindu – Manis Madu
Kucing Tengok Video Terakhir Tuan

Kucing Tengok Video Terakhir Tuan, Akhirnya Peluk Telefon Kerana Terlalu Rindu

Siapa yang cakap haiwan tak ada hati dan perasaan? Video ini akan buktikan korang salah sama sekali!

Ramai netizen yang berkongsi perasaan yang sama dengan kucing tersebut, menangis teresak-esak bila tengok video kucing yang tidak dapat menahan diri ketika melihat gambar tuanya yang sudah meninggal menerusi telefon bimbit.

Cat Watches The Last Video Of His Deceased Owner_SS 01

Maduners boleh nampak yang kucing itu tak peduli dia sedang dirakam dan boleh nampak dia sedang merindui tuanya dan sudah semestinya sedang terkenang memori bersama tuanya yang sudah meninggal dunia.

Cat Watches The Last Video Of His Deceased Owner_SS 02

Beberapa saat tengok video tersebut, boleh lihat kucing itu perlahan-lahan mula baring badan ke telefon bimbit sambil memeluknya dengan kelembutan yang memilukan. Boleh nampak dengan jelas kucing tersebut rindu akan tuannya.

Cat Watches The Last Video Of His Deceased Owner_SS 03

Video yang menyentuh perasaan tersebut dan membuatkan ramai netizen di Facebook berasa emosional itu telah menjadi viral di rangkaian sosial dan mencapai 30 juta tontonan, menbuktikan jelas bahawa orang ramai boleh samakan perasaan kucing tersebut bila kehilangan orang tersayang.

Sumber Gambar: Youtube – The Paw

Post a Comment