Kucing Unik, Hanya Lelaki dan Anjing Yang Diserang – Manis Madu

Kucing Unik, Hanya Lelaki dan Anjing Yang Diserang

Pernah tak korang jalan-jalan tiba-tiba diserang oleh seekor kucing tanpa ada sebab? Inilah yang terjadi di Istanbul, Turki. Tetapi yang uniknya kucing ini hanya menyerang kaum lelaki dan anjing sahaja.

 

Kamera pengawasan yang dipasang berdekatan tidak jauh dari pasar, merakam kelakuan aneh kucing tersebut. Kucing yang berwarna jingga ini hanya menyerang kaum lelaki dan anjing, manakala wanita dan kanak-kanak dikecualikan.

Klip video menunjukkan kucing yang berada di pasar Bayrampasa ini menyerang beberapa kali terhadap mangsanya. Penduduk sekeliling berkata bahawa kucing tersebut baru sahaja menjadi ibu, telah melahirkan beberapa ekor anaknya.

Penduduk setempat percaya, naluri seorang ibu merupakan salah satu punca utama kucing tersebut bertindak sedemikian.

 

Kalau kucing pun boleh jaga anak, yang kita ni macam mana pula? Ada yang ada anak tapi dibuang-buang. #MaduTakPaham

 

Sumber: Dailymail.co.ukMy News TVAsia Wire

Post a Comment