Lady Boss Selamba Belanja Staf Warga Pakistan ‘Staycation’ Di Hotel 4 Bintang! – Manis Madu
Lady Boss Selamba Belanja Staf Warga Pakistan ‘Staycation’ Di Hotel 4 Bintang

Lady Boss Selamba Belanja Staf Warga Pakistan ‘Staycation’ Di Hotel 4 Bintang!

Seorang usahawan dikenali sebagai Intan Azizan baru-baru ini telah berkongsi momen membawa para pekerjanya berehat dengan menginap di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Kuala Lumpur.

 

Seramai 40 orang termasuk ahli keluarga serta 15 orang pekerja warga Pakistan dibawa ke hotel terkemuka untuk staycation selama 2 hari 1 malam.

@intan.azizanUnlimited eating🤣😂..My Staff my family ❤️We are Family…#ladyboss #foryoupage #tiktokpakistan #tiktokmalaysia #supportstaff♬ simpapa polyubila – bibie

Menurut Intan, inisiatif berkenaan adalah sebagai reward buat mereka yang setia dan bekerja keras untuk membangunkan kembali perniagaannya yang terjejas apabila terlibat dengan kebakaran sekitar tahun 2019 lalu.

Intan berkata, rancangan berkenaan datang secara spontan untuk bercuti pada hujung minggu. Oleh itu, sebanyak 7 buah kereta bertolak dari Rawang untuk aktiviti ‘food hunting’ dan berehat di hotel.

 

Menurut mStar, Ladyboss ini juga mengakui memang gemar membawa pekerja-pekerjanya pergi berjalan-jalan kerana memahami keadaan mereka yang jauh dari keluarga di kampung halaman demi mencari rezeki.

 

“Saya memang suka bawa staf saya jalan-jalan, termasuk pekerja warga Pakistan yang terpaksa berjauhan dari keluarga untuk mencari rezeki di luar negara.

 

“Cara mereka bekerja begitu menepati masa. Pelanggan-pelanggan saya tidak pernah mengadu tentang mereka. Jadi, ini cara saya menghargai mereka.” ujarnya lagi.

 

Wanita muda ini juga berkongsi tentang prinsip yang dipegangnya selama ini iaitu tidak menjadi majikan yang bossy kerana sudah menganggap mereka sebagai sebuah keluarga.

 

Dia juga berharap, apa yang dipraktikkan mewujudkan ‘win-win situation’ supaya persekitaran kerja menjadi lebih positif.

 

“Jangan bersikap terlampau bossy hanya tahu mengarah dan memerintah, tapi tidak prihatin dengan kebajikan pekerja. Jika kita rasa diri kita susah, sebenarnya mereka lebih susah dari kita.

Post a Comment