Lagi Kes Gangguan Seksual Pemandu Grab, Gadis Harap Lesen Pemandu Digantung Selamanya! – Manis Madu
Lagi Kes Gangguan Seksual Pemandu Grab, Gadis Harap Lesen Pemandu Digantung Selamanya!

Lagi Kes Gangguan Seksual Pemandu Grab, Gadis Harap Lesen Pemandu Digantung Selamanya!

Entah kali ke berapa, isu gangguan seksual dialami golongan wanita ketika menggunakan khidmat e-hailing diperkatakan di media sosial.

 

Beberapa hari lepas, seorang gadis memuat naik luahan di laman Twitter menceritakan sikap pemandu tersebut.

 

Gadis itu menulis dalam ruangan komen di aplikasi Grab mengatakan bahawa pemandu tersebut membuat komen lucah tentang penampilannya dan dia juga sudah menyatakan bahawa dia tidak selesa tetapi pemandu itu tidak mengendahkannya.

Tambah gadis itu, dia juga terpaksa membuka pintu kereta di tengah-tengah lebuh raya untuk memastikan pemandu itu menghentikan kereta kerana dia berasa sangat takut dan tidak selesa.

 

“Kereta itu merupakan teksi. Ketika saya nak berlalu pergi, saya jerit “Saya akan pastikan Grab pecat kamu!” dan dia membalas “Pecat la, aku tak kisah. Aku ni teksi,” jelas gadis itu.

 

Tambahnya, dia berharap lesen pemandu itu digantung selamanya agar dia tidak boleh menyakiti sesiapa lagi.

 

Dalam ciapan itu juga, gadis itu berkata dia akan segera melaporkan perkara ini kepada pihak polis.

 

Ciapan itu juga mendapat perhatian Grab Malaysia yang turut meninggalkan komen bahawa mereka turut bersimpati dengan apa yang berlaku dan akan mengambil tindakan terhadap pemandu terbabit.

Post a Comment