Lamar Kekasih Guna PowerPoint, Buat Pembentangan Depan Bakal Mertua – Manis Madu
Lamar Kekasih Guna PowerPoint, Buat Pembentangan Depan Bakal Mertua

Lamar Kekasih Guna PowerPoint, Buat Pembentangan Depan Bakal Mertua

Seorang lelaki mempunyai cara unik untuk melamar kekasihnya di hadapan kedua-dua bakal mentuanya, iaitu dengan menggunakan pembentangan PowerPoint, lapor portal berita Liputan 6.

 

Menerusi satu video yang tular di Instagram, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Yasher Fadhli menggunakan perisian pembentangan popular itu bagi menjelaskan mengenai perancangan masa hadapannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yasher Fadhli (@yasherfadhli)

Bagaikan seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Yasher secara bersahaja dan yakin menerangkan mengenai pelan kehidupannya dan kekasih selepas berumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yasher Fadhli (@yasherfadhli)

“Kita bukan lagi dalam fasa untuk bertahan. Kebiasaannya, kalau bercakap tentang kewangan, kita sering menyebut mengenai cara untuk bertahan, bagaimana untuk makan dan lokasi tempat tinggal.

 

“Rancangan kami sekarang adalah tentang cara-cara untuk bekerja keras,” katanya.

 

Di hadapan lelaki tersebut, kedua-dua bakal mentuanya bersama kekasihnya dilihat sedang mendengar pembentangan itu dengan teliti.

 

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen yang mengagumi cara digunakan Yasher bahkan ada yang meminta tips daripadanya.

 

“Sangat memberi inspirasi! Ini merupakan cara paling sesuai untuk menyampaikan pandangan yang berbeza kepada ibu bapa,” kata seorang netizen.

“Hebat sekali! Berapa jumlah slide keseluruhan?” kata seorang lagi.

Post a Comment